Harian Metro

Najib ucap tahniah

- Meor Riduwan Meor Ahmad mriduwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapka­n tahniah kepada ‘raja litar basah’ Khairul Idham Pawi atas kejayaan menjuarai perlumbaan Moto3 pada Grand Prix (GP) Jerman, kelmarin.

Beliau berharap jaguh muda kelahiran Kampung Gajah, Perak itu terus merangkul lebih banyak kejuaraan dan mengharumk­an nama negara di mata dunia.

“Tahniah kepada Khairul yang menang perlumbaan Moto3 di Grand Prix Jerman! Teruskan usaha untuk raih banyak lagi kejuaraan dan harumkan nama negara!,” katanya dalam catatan di Twitter rasminya, semalam.

Ia kejayaan kedua Khairul, 17, tahun ini selepas mencipta sejarah Malaysia apabila muncul pelumba pertama negara menaiki podium tempat pertama Kejuaraan Motosikal Dunia Argentina pada 3 April lalu.

Khairul muncul juara perlumbaan motosikal GP Jerman selepas menewaskan Andrea Locatelli dari pasukan Leopard Racing di tempat kedua dan Enea Bastianini dari pasukan Gresini (ketiga).

Dia mencatat masa 47 minit 07.763 saat bagi menamatkan perlumbaan dalam keadaan litar basah walaupun bermula di petak ke-20 dan kemenangan itu membolehka­nnya berada di tangga ke-10 keseluruha­n selepas mengumpulk­an mata.

Pelumba Afrika Selatan, Brad Binder

dari pasukan Red Bull KTM Ajo masih mendahului dengan 159 mata.

(gambar)

54

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia