Harian Metro

Jasmin idam emas

-

Atlet taekwondo mahu tebus kecewa dua tahun lalu

Tukar warna perak kepada emas. Itu tekad atlet taekwondo Wilayah Persekutua­n Jasmin Nabilla Sukardi yang mahu menebus kekecewaan dua tahun lalu apabila sekadar meraih pingat perak.

Bakal beraksi dalam kategori bantamweig­ht (49 hingga 53kg) Khamis ini, Jasmin berkata, dia yakin mampu memenuhi impian itu selepas melakukan

persiapan cukup rapi selama ini.

Antaranya dengan menyertai Terbuka Korea Selatan bulan lalu yang menyaksika­nnya terkandas pada suku akhir.

“Selain Terbuka Korea Selatan, saya juga menyertai kem latihan bersama skuad Wilayah Persekutua­n di Bangkok selama seminggu.

“Saya memang sudah lama sasar pingat emas SUKMA dan saya tak mahu kecewa lagi kali ini,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai saingan kali ini, Jasmin yang juga atlet kebangsaan mengakui usaha untuk meraih pingat emas sukar.

“Saya jangkakan atlet dari Perak, Terenggnu dan Pulau Pinang bakal memberikan saingan sengit.

“Apapun saya akan menggunaka­n segala pengalaman termasuk ketika beraksi di Sukan SEA Singapura tahun lalu dalam usaha untuk memenangi pingat emas,” katanya.

Gelanggang taekwondo akan bermula hari ini menerusi acara poomsae individu lelaki dan wanita serta

campuran.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia