Harian Metro

TEMAN SEJATI MASIH BERKUMANDA­NG

Teman Sejati turut jadi pilihan untuk program motivasi

-

Siapa sangka, lagu berjudul Teman Sejati yang didendangk­an kumpulan nasyid, Brothers sekitar 1997 lalu menjadi lagu yang sentiasa

didendangk­an sehingga ke hari ini dan menjangkau pelbagai fahaman. Bagi penyanyi utamanya, Yasin Sulaiman, dia sendiri kagum dan terharu dengan sambutan yang diberikan peminat mereka

sehingga hari ini. “Apabila saya sendiri mendengar

lagu itu didendangk­an atau dimainkan di majlis yang saya hadiri, memang sangat terharu kerana masih ada peminat Brothers

yang menghargai karya kami.

Kalau sebelum ini, saya lebih dikenali dengan lagu berentak ‘world music’, tetapi untuk single Muzik ini, ia lebih santai dan segar YASIN

“Walaupun ramai generasi baru tidak mengenali nama Brothers, impak lagu Teman Sejati masih kuat dalam kalangan masyarakat dan dekat di hati peminat,” katanya.

Menurut Yasin, lagu itu tidak hanya sesuai untuk acara keagamaan, sebaliknya turut menjadi pilihan untuk program motivasi serta melepasi sempadan budaya dan kaum.

“Kalau dilihat daripada liriknya memang terkesan dan boleh menjangkau budaya serta kepercayaa­n. Dalam kata lain, Teman

Sejati bersifat universal,” katanya.

Yasin juga bakal melancarka­n single solonya berjudul Muzik, hasil kolaborasi­nya bersama

Faizal Tahir.

“Kalau sebelum ini, saya lebih dikenali dengan lagu berentak ‘world music’, tetapi untuk single Muzik ini, ia lebih santai dan segar,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Brothers yang turut dianggotai Salleh,

Faiz dan Syah juga bakal membuat kemunculan semula di Konsert 3 Kejora Bersatu dan akan berkongsi pentas dengan dua lagi legenda nasyid tersohor tanah air iaitu Rabbani serta Hijjaz di Istana Budaya pada 7 dan 8 Oktober ini.

“Insya-Allah untuk konsert itu, kami akan menyampaik­an lagu popular Brothers.

“Ini kali pertama kami mengadakan konsert berskala besar di Istana Budaya. Kali terakhir Brothers membuat persembaha­n yang besar adalah pada 1999 di Sudan.

“Tentunya untuk kemunculan semula ini, kami ingin mengembali­kan nostalgia kepada peminat Brothers,” katanya.

Bercerita mengenai persediaan yang dijalankan, Brothers sudah menerima jadual latihan dan bakal memulakan latihan untuk konsert itu.

“Untuk konsert ini, ada sedikit kelainan yang akan ditampilka­n. Jadi, kami perlukan latihan yang secukupnya bagi memberikan persembaha­n terbaik kepada penonton,” katanya. - Syafil Syazwan Jefri

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KUMPULAN Brothers bakal membuat kemunculan semula di Konsert 3 Kejora pada 7 dan 8 Oktober depan.
KUMPULAN Brothers bakal membuat kemunculan semula di Konsert 3 Kejora pada 7 dan 8 Oktober depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia