Harian Metro

Ezzaty sibuk lepas bulan madu

- DARI MUKA 1

“Syukur segala yang dirancang berjalan lancar dan sekarang saya dan suami lega. Tidak saya nafikan perbalahan itu tetap ada dan pastinya pasangan pengantin lain juga melalui perkara yang sama.

Bagaimanap­un, setiap yang berlaku kami perlu selesaikan­nya dengan baik dan perlu banyak berbincang supaya masalah tidak terus melarat,” katanya.

Mengambil sedikit masa untuk lebih mengenali Azwan, pelakon filem Mirip itu berkata, trauma atas kegagalan cinta lalu membuatkan dia lebih berhati-hati.

Mengulas perkenalan dengan Azwan, Ezzaty berkata, pertemuan pada program realiti Mentor Legend akhirnya menyatukan mereka sebagai pasangan suami isteri.

“Selepas bertemu pada malam itu Azwan memuat naik gambar kami bersama di laman Instagram miliknya. Bermula dari situ dia menghantar mesej kepada saya. Pada mulanya kami lepak beramai-ramai sehinggala­h saya beranikan diri keluar berdua.

“Saya lihat kesungguha­n Azwan apabila dia berani bertemu keluarga saya. Sepanjang berkawan lebih setahun kami tidak pernah menyatakan kami adalah pasangan kekasih.

“Mungkin pengalaman lalu buatkan saya menjadi trauma. Namun dia lebih beria-ia dan tertubuhny­a perniagaan kecantikan yang kami usahakan bersama menyaksika­n dia begitu serius dengan saya,” katanya.

Pasangan itu sah bergelar suami isteri pada jam 11.26 pagi, Sabtu lalu dalam majlis pernikahan di kediaman keluarga Ezzaty di Bentong, Pahang.

Mereka dinikahkan bapa Ezzaty, Abdullah Mat Isa dengan disaksikan Kadi Daerah

Azwan pula terpaksa tolak banyak tawaran

berlakon kerana uruskan perkahwina­n

 ??  ?? AZWAN dan Ezzaty cekal hadapi ujian sebagai pasangan pengantin baru.
AZWAN dan Ezzaty cekal hadapi ujian sebagai pasangan pengantin baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia