Harian Metro

Sayang pembaharua­n daripada Data

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Ketika kumpulan pop balada lain menyepikan diri, Data yang berasal dari Pulau Pinang pula terus aktif menghasilk­an lagu baru untuk halwa telinga peminat.

Lagu mendayu antaranya Permaisuri, Tunduk Mengalah, Mengulit Kenangan dan Nyanyian Rindu Buat Kekasih mampu memanjangk­an hayat kumpulan kugiran yang popular sekitar tahun 90-an ini.

Masih mengekalka­n anggota asal iaitu Shidi (penyanyi), Sharil (bass), Haniff (gitar) dan Md Nor (dram), Data kini tampil dengan single terbaru berjudul Sayang ciptaan Harry Khalifah bersama syarikat rakaman MVM.

Lagu ini semakin diterima ramai dan paling membanggak­an apabila berjaya memasuki carta ERA sejak diperkenal­kan dua bulan lalu.

Hadir ke Balai Berita, Kuala Lumpur baru-baru ini, Shidi mengakui Data kekal utuh dalam industri kerana adanya sokongan peminat terutama di luar bandar.

“Syukur kerana undangan menyanyi masih ada. Biasanya saya ditawarkan menyanyi di Sarawak dua kali sebulan dan selebihnya di Semenanjun­g.

“Kali terakhir Data merakamkan lagu Permaisuri dan single terbaru Sayang ada sedikit kelainan. Tak sangka pembaharua­n ini diterima baik peminat.

“Anggota Data kekal bersatu sejak zaman persekolah­an sehingga hari ini. Kalau ada pun perubahan hanya sekali membabitka­n pertukaran pemain gitar, Nor Kamal Azari. Selepas itu kami terus kekal sehingga kini,” katanya.

Shidi berkata, sekiranya tiada projek bersama kumpulan, anggota lain akan terbabit dengan karier di kelab dan menganjurk­an bengkel muzik.

“Kami tiada tekanan tertentu kerana semua anggota boleh cari rezeki masing-masing, malah saya boleh menyanyi solo. Ini rahsia yang mengekalka­n keharmonia­n Data.

“Kami memahami situasi setiap orang perlu mencari rezeki untuk hidup. Lagi pun buat apa nak bergaduh kerana kami bukan budakbudak lagi.

 ??  ?? DATA masih aktif di persada seni tempatan.
DATA masih aktif di persada seni tempatan.
 ??  ?? SHIDI masih rancak penuhi tawaran menyanyi.
SHIDI masih rancak penuhi tawaran menyanyi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia