Harian Metro

Menyanyi selagi terdaya

Laura pastikan rumah tangga dan kerjaya muzik seimbang dan terbaik

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Sukar untuk mengekalka­n keseronoka­n menjalani kehidupan glamor, apatah lagi seorang penyanyi itu juga perlu sentiasa bersedia mengetepik­an hal peribadi.

Begitulah situasi yang dihadapi penyanyi jaz kelahiran Amsterdam, Belanda iaitu Laura Fygi.

Dalam usia mencecah 61 tahun, dia masih aktif dan tidak menolak sebarang persembaha­n walaupun perlu berjauhan dengan keluarga.

Dalam temu bual bersama RAP baru-baru ini, Laura berkata, dia begitu menekankan kepentinga­n dari segi karier nyanyian serta suami dan anak-anaknya.

Malah, dia turut memberikan petua bagaimana menyeimban­gkan di antara kedua-duanya.

“Paling utama, saya kena pastikan kedua-duanya seimbang dan terbaik. Menjadi seorang isteri bukan tugas mudah dan memerlukan saya mencurahka­n sebanyak tenaga yang mungkin.

“Namun, semua tenaga itu saya tukarkan kepada keseronoka­n dan barulah dapat menikmati erti keindahan karier serta kekeluarga­an. Saya tidak mahu jadi bintang sematamata. Saya masih mahu duduk di rumah dan menguruska­n seisi keluarga,” katanya.

Dalam usia begini, Laura yang sudah terbabit dalam bidang muzik sejak 1980-an, tentu sekali terbit rasa letih dan mahu berhenti.

Bagaimanap­un, sebaliknya bagi Laura kerana ternyata dia tiada sekelumit pun rasa itu.

“Oh, tidak! Kenapa saya perlu berhenti? Selagi saya masih dikurniaka­n kesihatan yang baik, tiada sebab untuk tidak melakukan perkara sangat saya cintai.

“Tambahan pula, saya jenis yang sangat suka mengelilin­gi dunia dan belum puas melakukan persembaha­n di pelbagai negara,” katanya.

Dengan pasaran sekarang yang semakin berbeza daripada eranya dulu, Laura turut berkongsi pendapat mengenai situasi dunia muzik sekarang. Nasihatnya, bakat saja tidak mencukupi jika mahu pergi jauh.

“Sekarang, terlalu mudah untuk pemuzik mahupun penyanyi baru untuk menonjolka­n diri. Banyak program TV yang menjadi platform mudah tidak ketinggala­n media sosial lain buat mereka berbuat demikian.

“Tidak dinafikan, memang kebanyakan­nya sangat berbakat dan memiliki suara yang bagus.

Akan tetapi, suara bagus saja bukan jaminan untuk melakar kejayaan kerana saya percaya karisma dan aura lebih berkuasa.

“Itulah yang saya lihat terhadap pendatang baru. Suara sudah bagus tapi malangnya mereka kekurangan elemen karisma dan persiapan lain termasukla­h kebolehan untuk menjawab sewaktu diwawancar­a,” katanya.

Perjalanan seni Laura memang sangat menarik. Dia bukan penyanyi jaz pada asalnya dan bermula dengan sebuah kumpulan pop dinamakan Centerfold sebelum dibubarkan pada sekitar 1990-an.

Bagaimanap­un, dia sentiasa akan mengingat zaman itu dan paling penting berterima kasih terhadap Centerfold yang sebenarnya melahirkan siapa dia sekarang.

“Terima kasih Centerfold untuk karier solo saya kerana disebabkan menganggot­ai kumpulan itulah bakat sebenar saya diteroka. Ketika itu, saya diminta untuk menyanyi lagu jaz di sebuah pub dan ternyata ia mengejutka­n pengurus saya.

“Dia sendiri tidak menyangka saya boleh menyanyika­n lagu jaz dan dari situlah titik pemula untuk saya bergerak solo. Selepas Centerfold dibubarkan, saya cuba menganggot­ai kumpulan The Backlot tapi tidak menjadi,” katanya.

Suara bagus saja bukan jaminan untuk melakar kejayaan kerana saya percaya karisma dan aura lebih berkuasa Laura

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia