Harian Metro

BUKAN LAGU CINTA SEMATA-MATA

-

beberapa bahagian yang memang mencabar untuk dinyanyika­n.

Namun begitu, vokal penyanyi berusia 24 tahun ini patut dipuji kerana mampu melantunka­n lagu ini dengan baik.

Berentak balada,

Terakhir berkisar mengenai kisah cinta yang tidak kesampaian dan akhirnya karakter utamanya terpaksa melepaskan cinta hatinya walaupun kenyataan itu perit untuk diterima.

Menurut Sufian, lagu ini bukanlah berdasarka­n pengalaman­nya sendiri atau rakannya, Sirkhan yang juga komposer lagu ini.

Sebaliknya, ia lebih bersifat universal dan kedua-dua mereka menyajikan material muzik yang mampu dikaitkan dengan kehidupan masyarakat.

“Sebenarnya lagu ini bersifat universal dan tidak hanya memfokuska­n kepada kisah cinta antara pasangan bercinta sahaja.

“Apa yang boleh saya katakan, definisi yang tersirat dalam lirik Terakhir bergantung kepada interpreta­si pendengar sendiri,” katanya.

Sufian sendiri tidak menyangka, lagu yang hanya dirakamkan sebagai demo pada 2013 itu mampu menjadi hit dan kerap dimainkan di stesen radio.

“Ramai juga sebenarnya yang memberi komen positif dan mengatakan lagu ini dekat dengan jiwa masyarakat. Saya yakin kebanyakan daripada kita pernah melalui saat untuk berpisah dengan yang tersayang,” katanya.

Bagaimanap­un, satu pencapaian yang membanggak­an apabila muzik video Terakhir yang dimuat naik ke YouTube pada 24 Mei lalu kini mencecah jumlah tontonan sebanyak 3.7 juta.

Terakhir bersifat universal dan boleh dikaitkan dengan kehidupan masyarakat

 ??  ?? TAK sangka lagu Terakhir diminati
ramai.
TAK sangka lagu Terakhir diminati ramai.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia