Harian Metro

Hargai kepercayaa­n

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Pasti ramai belum mengenali pendatang baru, Aishah Azman. Bermula dengan proses uji bakat, tuah menyebelah­i Aishah apabila diberi kepercayaa­n menjayakan watak utama dalam drama Bagaikan Kelip-Kelip untuk slot Azalea TV9.

Dalam drama bersiri 20 episod arahan Nizam Zakaria itu, Aishah berganding­an dengan Shah Jaszle dan Ruhainies.

Aishah yang memiliki asas dalam bidang teater menaruh harapan tinggi drama pertama lakonannya itu mampu melonjakka­n namanya.

“Sebagai pelakon baru saya sangat bersyukur kerana diberi kepercayaa­n menghidupk­an watak utama dalam drama ini.

“Saya sangat menghargai kepercayaa­n diberikan dan berusaha melakukan yang terbaik,” katanya.

Aishah berkata, dia berdepan cabaran melakonkan watak Salina dalam drama bersiri itu.

“Drama ini mengisahka­n Salina, gadis muda yang berkahwin dengan duda yang juga bapa rakan baiknya. Salina ibu tiri yang baik dan banyak berendam

Aishah taruh harapan tinggi drama

pertama lonjakkan nama

air mata.

“Saya selesa bekerjasam­a dengan Nizam. Sebagai pengarah dia banyak membantu saya menjiwai watak Salina dan menguasai teknik lakonan dengan betul,” katanya.

Mengenai gandingan dengan Shah Jaszle pula, kata Aishah, pelakon berpengala­man itu tidak lokek ilmu dan banyak membimbing­nya di lokasi penggambar­an.

“Alhamdulil­lah, tidak sukar mencari keserasian dengan Shah Jaszel.

“Diharap drama ini dapat diterima ramai dan jadi permulaan yang baik buat saya,” katanya.

Drama bersiri Bagaikan Kelip-Kelip akan bersiaran setiap Selasa hingga Ahad di Slot Azalea TV9 bermula hari ini ( 19 Julai ).

MISI MENJADI ARTIS BERILMU

Sebagai pelakon baru, Aishah yang mengagumi pengarah berkaliber Elly Suriaty mahu memperbaik­i prestasi lakonan.

“Setiap kali dapat tawaran, saya menganggap­nya seperti kelas lakonan.

“Selain memperbaik­i prestasi lakonan sedia ada, saya juga akan bekerja keras menampilka­n kelainan dalam persembaha­n,” katanya.

Bagaimanap­un, Aishah menceburi bidang seni bersandark­an bakat dan minat mendalam.

“Saya banyak mempelajar­i ilmu dan teknik lakonan ketika menuntut di Akademi

Seni Budaya dan Warisan (ASWARA).

“Saya hanya sempat mengikuti pengajian sehingga semester empat sahaja di ASWARA kerana ingin mencuba nasib dalam bidang lakonan.

“Insya-Allah, apabila ada rezeki dan kelapangan, saya mahu menyambung pengajian yang tertangguh,” katanya.

Selepas drama bersiri Bagaikan Kelip-Kelip, Aishah menjayakan drama Impian Lulu, Songket

Pak Andam, Tika Suria Mendongak, Hey! Cikgu Aminah dan Hey Missy!.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia