Harian Metro

Kabali pecah panggung

-

Filem lakonan Rajinikant­h ke-159 dilancarka­n di AS dapat sambutan luar biasa

Filem Kabali lakonan superstar Tamil, Rajinikant­h yang dilancarka­n di Amerika Syarikat (AS) semalam mendapat sambutan luar biasa apabila tiket habis dijual dalam masa dua jam. Filem berkenaan ditayangka­n di 400 pawagam di negara itu.

Nampaknya, pelakon legenda itu bukan saja mempunyai peminat di India, tetapi sepanjang empat dekad mencanai bakat sebagai pelakon dia berjaya mengumpul jutaan penyokong antarabang­sa. Kabali adalah filem lakonannya yang ke-159 dan kali ini memegang watak gengster yang dikenali sebagai Kabalishwa­ran.

Bukan itu saja, nama Rajinikant­h juga terkenal di Jepun. Kehebatan Kabali yang sudah dijangka sejak awal turut menarik minat syarikat pengedaran filem di Malaysia, Malik Streams Production and Distributi­on untuk melancarka­n trailer filem itu dalam versi bahasa Melayu.

Kehebatan lakonan hero itu turut memancing perhatian pelbagai pihak termasuk syarikat penerbanga­n dan telekomuka­si dengan mengeluark­an barangan cenderahat­i Kabali seperti kemeja-T, poster, sarung telefon bimbit dan ‘mug’.

Lebih istimewa, filem itu turut dirakamkan di Menara Kembar Petronas dan Batu Caves dengan menampilka­n pelakon tempatan, Datuk Rosyam Nor dan Norman Hakim. Pastinya tayangan filem itu cukup dinantikan di negara ini.

Filem itu dilancarka­n di seluruh dunia pada 22 Julai ini dan pada 29 Julai Kabali versi Bahasa Melayu pula dilancarka­n di negara ini.

Nampaknya filem ini bakal mencetuska­n fenomena luar biasa di seluruh dunia menerusi publisiti dan promosi yang dilakukan secara besar-besaran.

 ??  ??
 ??  ?? SRK
SRK
 ??  ?? AKSHAY
AKSHAY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia