Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV9, 8.30 malam BAGAIKAN KELIP-KELIP TV3, 7 malam SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ EPISOD 4 TV3, 10 malam BUDAK MAGIK EPISOD 2 TV3, 6.30 petang MARHABAN KOME OI EPISOD 2

Bagaikan Kelip-Kelip mengisahka­n Salina, gadis muda berkahwin dengan seorang duda yang juga ayah kepada sahabat baiknya. Salina pernah menjalinka­n hubungan dengan Ashreeq (Ben Amir) namun dirahsiaka­n kerana Marlina turut meminati Ashreeq.

Konflik bermula apabila Azman (Esma Daniel), yang kematian isteri membuat keputusan mengahwini Salina (Aishah Azman) yang juga anak kepada rakan sekerjanya, Pak Salleh (Razak Ahmad). Perkahwina­n Azman ditentang keras oleh anak sulungnya, Marlina (Ruhainies).

Marlina tidak menyangka terlalu cepat bapanya mencari pengganti ibunya lebih-lebih lagi usia Salina tidak jauh beza dengan usianya. Walaupun sebelum ini hubungan Marlina dan Salina sangat baik namun dia tetap tidak dapat menerima kehadiran Salina yang dianggap menjadi perosak kebahagiaa­n keluargany­a.

Mira, anak bongsu Azman pula lebih kepada mendengar kata dan menjadi anak yang baik menerima segala keputusan Azman.

Namun, malang tidak diduga Azman pergi menghadap Ilahi dan kebahagiaa­n yang dirasai Salina hanyalah seketika bagaikan cahaya kelipkelip yang indahnya hanya sementara. Salina bagaimanap­un sudah berjanji dengan Azman untuk menjaga dan membesarka­n anak tirinya walau apa pun terjadi. Ariana terkejut melihat Zakuan yang pulang bercuti beberapa hari di Malaysia sebelum berangkat ke luar negara atas urusan kerja. Ariana teringat akan memori dua tahun lalu ketika Zakuan melamarnya sebagai isteri.

Pelakon: Raja Afiq, Niena Baharun, Fezrul Khan, Hafizudin & Noniswara

Bermula episod derita Salina apabila terpaksa menerima segala cacian, makian dan berjuang untuk membesarka­n anak tiri yang tidak menyukainy­a. Salina terpaksa bekerja lebih kuat, dia perlu menanggung ayahnya yang sakit dan dua anak tirinya. Salina juga cuba melakukan pelbagai cara untuk merapatkan hubunganny­a dengan anak tirinya terutama Marlina namun dia gagal malahan menjadi lebih teruk lagi.

Salina terus cekal dengan dugaan orang sekeliling dan status janda itu perlu dia tempuhi dengan reda dan sabar. Dalam pada itu Ashreeq kembali menagih kasihnya. Pertemuan yang tak terduga bersama Fairuz (Shah Jaszle) seorang usahawan muda juga menjadikan hati Salina kembali teruji.

Adakah Salina akan terus memendam perasaan dan berkorban sepanjang hayatnya? Ikuti perjalanan yang mendewasak­an Salina dalam Bagaikan Kelip-Kelip setiap hari Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam di slot Azalea, TV9.

Pelakon: Aishah Azman, Shah Jazle, Ruhainies, Nur Alis, Ben Amir, Idzham Ismail, Amyza Aznan, Razak Ahmad & Esma Danial. Myra cuba mencari sebab kenapa Imran bergaduh ketika di sekolah lamanya. Imran pula sudah tidak mahu lagi bercerita mengenai hal itu. Dia kemudianny­a terjumpa buku lama bertajuk Budak Magik di dalam stor.

Artis: Firdaus Ghufran, Syamiem Elnisa, Muhammad Syamim, Maisara Syahhira, Nizen Ayoub, Ana Dahlia, Aida Ruhayati, Cico Harahap & Kamarool Yusoff Marhaban di rumah Datuk Karim diteruskan. Kak Besah Lawa masih tidak berpuas hati kerana ada orang lain yang lebih cantik daripadany­a sedangkan dia bekas Ratu Kebaya.

Pelakon: Fauziah Nawi, Delimawati, Kartina Aziz, Norlia Ghani, Watie Sadali, Izreen Azminda & Fiza Halim

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia