Harian Metro

Didikan Kelab Usahawan RISDA

- Mohd Amin Jalil rencana@hmetro.com.my

Norhasimah bergelar tauke bakeri selepas nekad henti kerja sebagai pegawai pemasaran

Pembabitan­nya dalam Kelab Usahawan RISDA atau RISDA Entrepreun­ers Club (RISEC) Negeri Sembilan menjadi pencetus kepada Norhasimah Hanafiah, 47, bergelar usahawan bakeri.

Daripada kelab itu dia mendapat peluang menimba ilmu dan bimbingan daripada usahawan lain mengenai dunia perniagaan terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Menyedari potensi besar menanti, Norhasimah nekad berhenti kerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur dan pulang ke kampungnya di Chembong Rembau, Negeri Sembilan pada 2012.

Semangat untuk bergelar usahawan dan memajukan diri mendorongn­ya menamatkan perkhidmat­an sebagai pegawai pemasaran untukmemul­akan perniagaan menerusi syarikat Noha Bakery.

Menurut Norhasimah, pada mulanya dia mengeluark­an produk kuih bangkit, roti dan makanan tradisiona­l sejuk beku seperti karipap dengan menyewa sebuah kedai di pekan Rembau.

“Berikutan sambutan menggalakk­an, saya menambah beberapa produk baru termasuk pelbagai jenis kek, biskut kelapa dan biskut bulat selain kuih tat dan semperit.

“Sambutan itu membakar semangat saya terus berusaha bagi memajukan perniagaan ini, malah turut mendapat sokongan dan bantuan daripada RISDA yang menyumbang beberapa peralatan memasak dan mesin memproses kek,” katanya.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata, tindakan Jabatan Pertanian Daerah Rembau (JPDR) menawarkan bengkel industri di Batu Hampar, Rembau bagai pucuk dicita ulam mendatang apabila bangunan itu dijadikan pusat utama memproses produk bermula 2014.

Menurutnya, pada peringkat awal dia hanya mampu mengeluark­an 150 pek produk seminggu, tetapi kini sudah mencecah 1,000 hingga 1,500 pek atau 5,000 pek sebulan.

“Sebelum ini, kos sewa bangunan kedai agak tinggi dan memberi kesan kepada keuntungan, tapi selepas Jabatan Pertanian menawarkan bengkel ini, ia dapat mengurangk­an banyak kos, sekali gus meringanka­n beban operasi.

“Malah, pemindahan ke tempat baru ini banyak membantu melancarka­n pengeluara­n selain memudahkan urusan pemasaran,” katanya.

Katanya, semua produk keluaranny­a dipasarkan di sekitar Rembau dan Seremban termasuk di kedai runcit, kantin sekolah, restoran serta menerusi rangkaian pemasaran dalam talian dan beberapa ejen jualan.

Dibantu dua pekerja tetap, dia terus mengorak langkah memajukan perniagaan itu dan kini meluaskan pasaran termasuk ke Johor Bahru dan Singapura.

“Setakat ini produk saya terutama kuih bangkit dan tat mendapat permintaan di negeri selatan tanah air, malah setiap kali musim perayaan, tawarannya meningkat dua kali ganda.

“Bagaimanap­un, saya berdepan sedikit kekangan untuk mengeluark­an produk dengan banyak kerana kekurangan peralatan memasak,” katanya yang mengeluark­an modal awal RM10,000.

Norhasimah berusaha meningkatk­an kemudahan peralatan itu bagi menampung permintaan pelanggan.

“Jika semua berjalan dengan baik, saya yakin dapat meningkatk­an pengeluara­n produk sebelum akhir tahun ini.

“Saya juga berhasrat memasuki pasar raya, namun perlu meningkatk­an kualiti pembungkus­an seperti ditetapkan.

“Selain itu, saya juga mengikuti pelbagai kursus makanan dan pengurusan perniagaan anjuran RISDA, Jabatan Pertanian Negeri Sembilan (JPNS) serta Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang jelas dapat membantu memperkuku­hkan perniagaan diusahakan,” katanya.

 ??  ?? NORHASIMAH bersama
sebahagian produk keluaran syarikatny­a.
NORHASIMAH bersama sebahagian produk keluaran syarikatny­a.
 ??  ?? NORHASIMAH (kanan) membantu pekerjanya.
NORHASIMAH (kanan) membantu pekerjanya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia