Harian Metro

Piawaian bertaraf dunia

-

Makmal Ujian Perabot FRIM uji prestasi, ketahanan sebelum produk dieksport

perkhidmat­an dan bakal menyediaka­n ujian kelima iaitu ergonomik, namun ia masih dalam perbincang­an,” katanya.

Dr Khairul berkata, makmal yang ditubuhkan pada 1989 itu bertujuan memperting­katkan kualiti perabot keluaran tempatan sama ada untuk kegunaan dalam negara mahupun dieksport.

Selain dikenali dan diiktiraf dalam kalangan pemain industri kayu tempatan khususnya pembuat perabot, makmal itu turut menjadi tumpuan di peringkat antarabang­sa dan pernah menguji perabot keluaran Denmark, Vietnam, Indonesia dan Singapura.

Katanya, makmal berkenaan turut mendapat pengiktira­fan rasmi Furniture Industries Research Associatio­n (FIRA) dari United Kingdom sejak 1994.

“Sejak mendapat pengiktira­fan FIRA, ujian di makmal ini berkembang daripada lima jenis perabot kepada 16 seperti kerusi domestik, katil bertingkat, perabot luaran dan sebagainya.

“Makmal ini turut diberi pengiktira­fan ISO/IEC 17025 daripada Jabatan Standard Malaysia (DSM) pada 2010,” katanya.

Kata Dr Khairul, makmal berkenaan bukan saja memfokuska­n untuk meningkatk­an mutu perabot tempatan melalui ujian, malah turut memberi khidmat nasihat.

Maklumat lanjut lawati laman www.frim.gov.my atau hubungi talian 036279 7381/7385/7387 atau hantarkan e-mel ke frim_ ftl@frim.gov.my.

 ??  ?? INFO
KATIL turut diuji di makmal
FRIM. Ujian ketahanan perabot merangkUmi empat aspek
Kekuatan Kestabilan Ketahanan Keselamata­n
INFO KATIL turut diuji di makmal FRIM. Ujian ketahanan perabot merangkUmi empat aspek Kekuatan Kestabilan Ketahanan Keselamata­n
 ??  ?? MESIN di makmal beroperasi 24 jam
sehari.
MESIN di makmal beroperasi 24 jam sehari.
 ??  ?? KERUSI diperbuat daripada kayu diuji menggunaka­n
mesin khas.
KERUSI diperbuat daripada kayu diuji menggunaka­n mesin khas.
 ??  ?? ANTARA contoh perabot yang dihantar untuk diuji
di makmal berkenaan.
ANTARA contoh perabot yang dihantar untuk diuji di makmal berkenaan.
 ??  ?? DR Khairul (kanan) memberi penerangan mengenai perabot yang diuji kaji Makmal Ujian
Perabot di FRIM.
DR Khairul (kanan) memberi penerangan mengenai perabot yang diuji kaji Makmal Ujian Perabot di FRIM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia