Harian Metro

Penyediaan kompos sisa dapur

-

Terhasil daripada penguraian bahan lebihan masakan hasil aktiviti mikro-organisma

Apakah yang dimaksudka­n dengan baja kompos melalui sisa dapur?

Shukur Ali Kluang, Johor

Kompos sisa dapur adalah baja yang terhasil daripada penguraian bahan sisa dapur atau lebihan bahan masakan hasil daripada aktiviti mikro-organisma pengurai.

Contoh sisa dapur ialah lebihan sayuran, buahbuahan, kulit udang, kulit telur dan perut ikan.

Sisa dapur perlu bebas daripada sisa minyak dan lemak. Buang bahagian yang terkena minyak atau lemak. Kompos sisa dapur biasanya akan menjadi panas akibat proses pereputan.

Penyediaan kompos daripada sisa dapur: A. Bahan:

1. Pasu.

2. Batu kerikil, polisterin­a atau serpihan pasu pecah.

3. Penutup (kain bersih, tali atau papan).

4. Sisa dapur (lebihan sayuran, lebihan buahbuahan, kulit udang, kulit telur, perut ikan).

B. Penyediaan:

1. Tutup lubang di bawah pasu dengan batu kerikil, polisterin­a atau serpihan pasu pecah untuk mengelak serangga masuk ke dalam pasu.

2. Isi tanah dalam pasu setinggi dua inci dari dasar pasu.

3. Cencang kecil sisa dapur untuk memudahkan pereputan.

4. Isikan sisa dapur setinggi dua inci dari tanah dalam pasu.

5. Taburkan tanah setinggi dua inci untuk tutup sisa dapur.

6. Ulang proses di atas sehingga 2/3 penuh pasu dan lapisan paling atas adalah tanah.

7. Tutup pasu menggunaka­n papan atau tutup dengan kain dan ikat kain dengan tali untuk mengelak dimasuki haiwan atau serangga.

8. Letakkan pasu tadi di tempat teduh.

9. Selepas seminggu, miselium seperti kapas berwarna putih akan kelihatan di permukaan tanah.

10.Selepas sebulan, kompos sedia untuk digunakan.

Izham Alias Pengasas KebunBanda­r.com

 ??  ?? SISA dapur boleh dijadikan baja kompos.
SISA dapur boleh dijadikan baja kompos.
 ??  ?? IZHAM
IZHAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia