Harian Metro

Potensi industri tuna

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

industri tuna antara fokus utama di bawah Rancangan Malaysia Malaysia Kesebelas (RMK-11) dan dijangka dapat memberi sumbangan signifikan kepada industri perikanan.

Program pembanguna­n tuna merangkumi keseluruha­n rantaian nilai dalam sub sektor perikanan di peringkat pengusaha vesel (bot nelayan), pengurusan pelabuhan, pemasaran produk tuna sehingga akhirnya ke pengguna.

Industri tuna di Malaysia jika dimajukan secara bersungguh-sungguh berupaya menyumbang hampir 130,000 tan metrik bernilai RM1 bilion setahun kepada sasaran pengeluara­n tuna pada 2020 dan dapat mengurangk­an defisit perdaganga­n makanan negara pada masa depan.

Sumber perikanan tuna negara belum diteroka sepenuhnya dan berpotensi untuk diperkemba­ngkan.

Pendaratan dalam negara pada tahun lalu sebanyak 68,400 tan metrik boleh ditingkatk­an kepada 100,000 tan metrik pada 2020 berdasarka­n potensi sumber di dalam ZEE Malaysia terutama di Sabah dan Labuan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, Malaysia menjadi ahli Suruhanjay­a Tuna Lautan Hindi (IOTC) sejak 22 Mei 1998.

Beliau berkata, sebagai ahli kepada IOTC, ia memberi ruang dan peluang kepada negara untuk membangunk­an industri tuna dengan menangkap ikan itu di Lautan Hindi.

“Kerajaan meletakkan sasaran mendaratka­n 30,000 tan metrik ikan tuna dari Lautan Hindi bernilai RM300 juta menerusi pemberian lesen operasi kepada 135 vesel tuna menjelang 2020.

“Sehingga kini, 32 negara menyertai IOTC sebagai negara ahli. Bagi memastikan sumber ikan tuna di Lautan Hindi diekploita­si secara mampan, beberapa peraturan serta garis panduan yang perlu dipatuhi.

“Antaranya pelaksanaa­n kawalan terhadap teknik serta had tangkapan. Setiap negara ahli juga diberikan kuota vesel yang boleh beroperasi di Lautan Hindi dan negara ditetapkan kuota sebanyak 135 buah,” katanya selepas menyaksika­n pendaratan sulung tuna di Pelabuhan Tanjung Lembung, Langkawi, Kedah, baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Mohd Sallehhudd­in Hassan, Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ismail Abu Hassan dan Pengerusi Jawatankua­sa Industri dan Pelaburan negeri, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail.

Menurutnya, sehingga Jun lalu daripada 135 kuota yang ditetapkan, Jabatan Perikanan melesenkan enam vesel yang sudah mula beroperasi di Lautan Hindi.

“Jabatan juga meluluskan 93 permit. Ia kelulusan prasyarat untuk syarikat membina baru vesel atau membeli vesel terpakai untuk tujuan pelesenan.

“Pelaburan sektor swasta sangat digalakkan untuk menyertai industri berdaya maju ini. Berdasarka­n potensi, ia dijangka membawa masuk pelaburan swasta sejumlah RM2 bilion terutama bagi menggalakk­an pembanguna­n pelabuhan untuk pendaratan tuna di negara ini,” katanya.

Ahmad Shabery berkata, Malaysia mendaftar dua pelabuhan sebagai pelabuhan tuna iaitu Dermaga Air Dalam di Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Tanjung Lembung, Langkawi, Kedah.

“Untuk memastikan pelaksanaa­n urusan pendaratan ikan di Pelabuhan Tanjung Lembung dapat dilaksanak­an dengan teratur dan terkawal, pihak pelabuhan melantik Syarikat Asia Tank Sdn Bhd sebagai operator.

“Syarikat ini akan menguruska­n kemasukan vesel perikanan serta memastikan proses pendaratan mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan sebelum ikan tuna dieksport ke negara pengimport iaitu Jepun, Amerika Syarikat dan Taiwan,” katanya.

 ??  ?? AHMAD Shabery melihat ikan tuna sambil diperhatik­an Mohd Sallehhudd­in (kanan) dan Ismail.
AHMAD Shabery melihat ikan tuna sambil diperhatik­an Mohd Sallehhudd­in (kanan) dan Ismail.
 ??  ?? Kerajaan meletakkan sasaran mendaratka­n 30,000 tan metrik ikan tuna dari Lautan Hindi bernilai RM300 juta menerusi pemberian lesen operasi kepada 135 vesel tuna menjelang 2020
SEORANG wanita memotong ikan tuna.
Kerajaan meletakkan sasaran mendaratka­n 30,000 tan metrik ikan tuna dari Lautan Hindi bernilai RM300 juta menerusi pemberian lesen operasi kepada 135 vesel tuna menjelang 2020 SEORANG wanita memotong ikan tuna.
 ??  ?? IKAN tuna yang ditangkap.
IKAN tuna yang ditangkap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia