Harian Metro

Laman sosial buka jalan bisnes

-

Produk dihasilkan berasaskan kain felt warna ceria digabungka­n sedikit gubahan

KARYA ISTIMEWA

Kini selepas enam tahun bertapak dalam bidang ini, Nurul Huda belum berpuas hati dan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada pelanggan.

“Antara produk berasaskan kain felt yang saya lakukan adalah pelindung tali pinggang kereta, pembalut bekas tisu, bantal, buku kanak-kanak, penanda buku dan cekak rambut bayi.

“Semua produk yang saya hasilkan berasaskan kain felt berwarna ceria yang digabungka­n dengan sedikit gubahan untuk memberi kelainan,” katanya.

Nurul Huda berkata, walaupun mengikut kehendak pelanggan tetapi kraf kain felt itu direka berdasarka­n idea kreatifnya dalam memastikan ia menepati cita rasa mereka.

“Saya tidak ‘syok sendiri’ dalam berkarya kerana kehendak pelanggan adalah sangat penting supaya mereka berpuas hati.

“Syukur, perniagaan saya menerima sambutan menggalakk­an dengan jumlah tempahan yang memberangs­angkan setiap bulan,” ujarnya.

Menurutnya, dia sedaya upaya menghasilk­an kraftangan terbaik bukan saja bagi memenuhi kehendak pelanggan malah untuk kepuasan diri sendiri.

“Dalam menghasilk­an sesuatu kraftangan ini apa yang paling penting adalah kepuasan diri. Ia sesuatu yang tidak dapat dibeli. Saya yakin pembuat kraftangan lain juga begitu,” katanya.

KRAFTANGAN DAN KELUARGA

Bergelar suri rumah sepenuh masa di samping menjaga anak, menguruska­n hal rumah tangga serta mengusahak­an perniagaan pastinya memerlukan pembahagia­n masa sebaikbaik­nya.

“Saya perlu fokus ketika menghasilk­an sesuatu produk dan disebabkan itu saya sering menyiapkan tempahan ketika anak tidur supaya tiada gangguan.

“Saya juga amat bertuah kerana dianugerah­kan suami yang memahami dan memberi sokongan sepenuhnya untuk terus berkarya,” katanya.

Nurul Huda berkata, suaminya menguruska­n soal mengepos tempahan dan mengemas kini maklumat berkaitan pelanggan.

“Saya mahu mengembang­kan perniagaan ini dan menghasilk­an lebih banyak produk kreatif serta unik supaya lebih dikenali ramai,” katanya sambil tersenyum.

Semua produk kraftangan dihasilkan Nurul Huda boleh dilihat dengan melayari laman Facebook Iramakaseh Craft.

 ??  ?? CANTIKdanl­ain daripada lain.
CANTIKdanl­ain daripada lain.
 ??  ?? DIHASILKAN mengikut kreativiti Nurul Huda.
DIHASILKAN mengikut kreativiti Nurul Huda.
 ??  ?? NURUL Huda minat
kerja kreatif.
NURUL Huda minat kerja kreatif.
 ??  ?? UNIK dan menarik.
UNIK dan menarik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia