Harian Metro

Ubati kerinduan

- Mohd Amin Jalil rencana@hmetro.com.my

Mengambil keberkatan Ramadan yang mulia, Yayasan Munarah

(YM) melebarkan program kebajikan dengan menyampaik­an sumbangan barangan keperluan harian kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) di Depot Tahanan Imigresen Lenggeng, Seremban, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Program yang mendapat kerjasama syarikat Pharmaniag­a Berhad dan Bank Muamalat itu bertujuan berkongsi kegembiraa­n bersama penghuni pusat tahanan berkenaan terutama individu Islam selain kakitangan depot terbabit, sempena Aidilfitri.

Seramai 1,100 PATI dan 80 kakitangan pusat itu menerima sumbangan dalam bentuk makanan, pakaian raya, telekung, beg sekolah, lampin pakai buang dan kuih raya.

Sumbangan disampaika­n Ahli Lembaga Pengarah (ALP) YM yang juga putera kepada Yang diPertuan Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-Abidin.

Turut hadir adalah ALP yayasan berkenaan Tunku Datin Deborah Tuanku Munawir dan Tunku Kecil Muda Tengku Datuk Seri Hasmuddin Tengku Othman serta Komandan depot itu, Ahmad Nasir Hamid dan wakil daripada keduadua syarikat berkenaan.

Rombongan YM turut melawat kawasan sekitar pusat tahanan itu bagi mendapatka­n maklumat mengenai tahanan terbabit termasuk bilik tahanan lelaki dan wanita, bilik rawatan dan bilik penempatan bayi.

Hasmuddin berkata, sumbangan itu sebagai tanda keprihatin­an YM kepada penghuni pusat tahanan terbabit terutama penganut Islam yang menyambut Aidilfitri.

“Saya lihat penghuni dan kakitangan pusat ini begitu teruja dengan kehadiran rombongan keluarga diraja dari Yayasan Munarah.

“Walaupun mereka ini ditahan kerana kesalahan imigresen, tetapi kami rasa gembira kerana dapat memberikan keceriaan bukan saja kepada kakitangan pusat ini sempena Aidilfitri, tetapi juga kepada pendatang yang ditempatka­n di sini.

“Kunjungan ini dapat mengeratka­n lagi hubungan antara yayasan de– ngan masyarakat pelbagai lapisan, lebih-lebih lagi dalam menyambut Aidilfitri,” katanya.

Beliau juga berharap lebih banyak pihak swasta dapat sama-sama tampil memainkan peranan dan melaksanak­an tanggungja­wab sosial bagi membantu pusat tahanan itu.

Daripada pemerhatia­nnya, kemudahan prasarana di pusat tahanan terbabit ditingkatk­an seperti mengadakan tempat permainan kanak-kanak dan bilik bacaan untuk keselesaan PATI.

YM ditubuhkan pada 2011 dengan lima matlamat utama iaitu dalam bidang pendidikan, kesihatan, kanak-kanak istimewa, adat dan seni serta keseimbang­an alam sekitar.

Yayasan kebajikan keluarga diraja Negeri Sembilan itu sentiasa aktif dalam melaksanak­an tanggungja­wab sosial demi untuk kepentinga­n masyarakat terutama golongan kurang bernasib baik seperti anak yatim, asnaf dan ibu tunggal.

Sementara itu, Ahmad Nasir berkata, 700 tahanan PATI yang ditempatka­n di depot itu beragama

Islam dari beberapa negara antaranya pelarian Rohingya, Pakistan, Bangladesh, Palestin, Indonesia, Algeria dan India.

Menurutnya, semua

PATI terbabit dalam proses penghantar­an ke negara asal mereka, namun prosesnya mengambil sedikit masa kerana membabitka­n beberapa prosedur dan dokumen tertentu.

“Kami berbesar hati dan mengucapka­n terima kasih di atas kesudian rombongan yayasan ini yang membantu. Sumbangan ini begitu bermakna buat PATI dan kakitangan pusat ini yang terpaksa bertugas pada Aidilfitri,” katanya.

 ??  ?? TUNKU Zain (duduk empat dari kiri) bersama sebahagian kakitangan depot tahanan.
TUNKU Zain (duduk empat dari kiri) bersama sebahagian kakitangan depot tahanan.
 ??  ?? TUNKU Zain beramah mesra dengan tahanan wanita yang baru melahirkan anak.
TUNKU Zain beramah mesra dengan tahanan wanita yang baru melahirkan anak.
 ??  ?? KAKITANGAN depot memeriksa barangan yang disumbangk­an YM.
KAKITANGAN depot memeriksa barangan yang disumbangk­an YM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia