Harian Metro

Kongsi keceriaan lebaran

- Hai Rozzaman Jalal wanitametr­o@hmetro.com.my

Menghargai anak yatim, warga emas dan golongan kurang berkemampu­an terutama dalam bulan Ramadan satu amalan yang mulia.

Sehubungan itu, 100 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Gambir, Muar, Johor terdiri daripada anak yatim dan kurang berkemampu­an menerima sumbangan wang tunai dan barangan keperluan harian daripada syarikat penerbit dan pengedar buku, Fajar Pakeer Sdn Bhd yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Pengarah Urusannya, Pakeer Mohamed berkata, pihaknya terpanggil untuk memberikan sumbangan kepada golongan memerlukan khususnya anak yatim dan miskin.

Katanya, ia sebahagian tanggungja­wab sosial korporat syarikat (CSR) dalam memberikan keceriaan kepada golongan itu untuk menyambut Aidilfitri dengan riang bersama keluarga.

Syarikatny­a bekerjasam­a dengan Karyawan Ledang mengadakan program itu dengan memilih pelajar sekolah yang dikategori­kan sebagai pelajar yatim dan miskin untuk diberikan sumbangan.

“Ini program tahun kedua diadakan sempena Ramadan dan tahun lalu kami mengadakan program sama di SMK Seri Tangkak.

“Walaupun sumbangan diberikan tidak seberapa nilainya, tetapi ia amat bermakna bagi penerima,” katanya.

Program anjuran bersama Karyawan Ledang, Fajar Pakeer Sdn Bhd dan SMK Bukit Gambir itu turut mendapat kerjasama Alumni SPM ‘78 SMBG dan Sri Paya Care.

Hadir sama, Pengerusi Karyawan Ledang, Mohd Isnin Tawaf, Guru Penolong Kanan 1 SMKBG, Rohana Yusof dan Timbalan Pengerusi Alumni SPM ‘78 SMBG, Ayob Md Dali.

Pakeer berkata, program itu satu cetusan idea yang baik kerana syarikatny­a dapat menjalanka­n aktiviti bersama masyarakat termasuk pelajar sekolah.

“Kami mengalu-alukan badan bukan kerajaan (NGO) lain untuk bekerjasam­a dengan syarikat dalam melaksanak­an program kebajikan dan kemasyarak­atan pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Mohd Isnin berkata, setiap pelajar menerima wang tunai RM100 serta barangan keperluan harian seperti beras dan makanan lain bernilai RM100 untuk dimanfaatk­an bersama keluarga masing-masing.

Menurutnya, Alumni SPM ‘78 SMBG turut menghargai 17 ibu bapa bekas pelajar dalam program itu untuk menerima sumbangan sebagai menghargai jasa mereka memberikan didikan hingga anak berjaya.

“Program ini sebahagian daripada aktiviti Karyawan Ledang dalam menghargai pelajar yatim dan kurang berkemampu­an serta ibu bapa bekas pelajar Alumni SPM ‘78 sekolah ini.

“Karyawan Ledang bekerjasam­a dengan syarikat penerbitan dan korporat yang lain untuk melakukan kerja kebajikan supaya mereka lebih dekat dengan masyarakat sama ada di kampung atau institusi pendidikan,” katanya.

 ??  ?? PAKEER (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada pelajar disaksikan Mohd Isnin (kiri) pada majlis sumbangan di Dewan Seri Gambir, SMK Bukit Gambir, Johor.
PAKEER (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada pelajar disaksikan Mohd Isnin (kiri) pada majlis sumbangan di Dewan Seri Gambir, SMK Bukit Gambir, Johor.
 ??  ?? SEORANG daripada ibu bekas pelajar Alumni SPM
‘78 menerima sumbangan.
SEORANG daripada ibu bekas pelajar Alumni SPM ‘78 menerima sumbangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia