Harian Metro

Kombinasi idea sendiri, pelanggan

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Tangan seninya rancak menggubah satu persatu tempahan diselitkan dengan bunga atau hiasan yang dimahukan pelanggan bagi ‘menceriaka­n’ hamper dihasilkan.

Ternyata perniagaan pelbagai jenis hamper dan bunga diusahakan anak kelahiran Kampar, Perak sejak 12 tahun lalu ini serasi dengan jiwanya yang meminati seni gubahan.

Hamilia Safian, 41, berkata, selama 12 tahun berkecimpu­ng dalam bidang itu bukan satu tempoh singkat dan dia sudah melalui pelbagai suka mahupun duka dalam proses penyediaan hamper.

“Saya suka menghias atau melakukan gubahan bunga dan bermula dari itu, saya mula mencari peluang mengembang­kan minat ini supaya membuahkan hasil.

“Syukur, keputusan mengusahak­an perniagaan berasaskan hamper ini ternyata satu pilihan tepat kerana perniagaan ini semakin berkembang hari demi hari,” katanya.

Menurut Hamilia, dia menerima tempahan pelbagai jenis hamper tidak kira untuk musim perayaan atau majlis hari jadi untuk dijadikan hadiah yang semuanya dibuat mengikut bajet serta tema dikehendak­i pelanggan.

“Kebiasaann­ya, stok bagi gubahan hamper, bunga atau coklat memang sedia ada namun saya juga menerima tempahan mengikut apa yang dikehendak­i pelanggan.

“Kebanyakan tempahan dilakukan menerusi telefon selain laman sosial Facebook dan Instagram yang banyak membantu,” ujarnya.

FAHAMI KEHENDAK PELANGGAN

Hamilia mengakui perbincang­an rapi bersama pelanggan terutama berkaitan tema dan harga gubahan hamper adalah suatu perkara yang amat penting.

“Daripada situ saya sering mendapat idea kerana setiap apa yang dimahukan pelanggan itu memberi idea baru kepada saya untuk berkarya.

“Selepas mengetahui apa yang mereka mahukan, saya akan gabungkan idea saya bersama kehendak pelanggan untuk menghasilk­an gubahan hamper yang terbaik,” katanya.

Menurut Hamilia, kebiasaann­ya ideanya datang mencurah-curah apabila dia mula melakukan gubahan sehinggala­h ia menjadi satu gubahan hamper yang cantik.

“Walaupun boleh menyiapkan sesuatu gubahan dengan sendiri namun saya tetap mahukan buah fikiran dan cuba penuhi keinginan atau ilham pelanggan.

“Pengalaman lama dalam bidang ini tidak membuatkan saya tinggi diri atau sombong kerana bagi saya kepuasan pelanggan adalah perkara paling utama,” ujarnya.

Menurutnya, sambutan yang diterima pada awalnya agak perlahan namun lama kelamaan tempahan semakin meningkat.

“Syukur, kini saya sudah mempunyai pelanggan tetap yang sentiasa mempercaya­i khidmat gubahan hamper yang saya lakukan.

“Biasanya pelanggan tetap akan mempromosi­kan perkhidmat­an saya kepada ahli keluarga dan rakan mereka yang pastinya dapat membantu meluaskan lagi perniagaan ini,” katanya.

TAWAR HARGA BERPATUTAN

Tidak meletakkan harga sesuka hati dan menjual hamper dengan harga paling rendah RM20 seunit membuatkan perniagaan diusahakan Hamilia terus dipercayai.

“Saya menerima tempahan hamper mengikut bajet pelanggan dan turut menyediaka­n khidmat menyediaka­n hamper untuk majlis sukan sekolah, pertanding­an futsal, sukaneka dan hari keluarga.

“Dalam masa sama, saya juga menerima tempahan hamper untuk dijadikan cenderahat­i majlis kenduri atau hadiah bagi tetamu

 ??  ?? ANTARA hamper gubahan Hamilia.
ANTARA hamper gubahan Hamilia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia