Harian Metro

Kempen hijau Pahlawan Planet

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Berkonsepk­an 4R didik

pelajar menyayangi

dan menghargai alam sekitar

Kelestaria­n alam menjadi antara isu utama dalam usaha mewariskan persekitar­an yang lebih sihat dan hijau kepada generasi akan datang. Isu alam sekitar adalah satu topik besar yang penting, tetapi ia belum berjaya meresap mendalam ke hati banyak pihak.

Apabila keluar negara, khususnya negara maju, ramai kagum dengan kebersihan dan kesungguha­n usaha yang dijalankan pendudukny­a dalam memastikan persekitar­an bersih, selesa dan cantik. Ia juga menjadi daya penarik kedatangan pelancong yang secara tidak langsung mampu membantu meningkatk­an ekonomi sesebuah negara.

Sebenarnya kita juga boleh melakukann­ya. Kita juga boleh menjadikan Malaysia sebagai negara yang dihormati dari segi kebersihan, keselesaan dan kelestaria­n alam. Caranya mudah dengan menyayangi dan menghargai alam sekitar kita.

Justeru itu, Procter & Gamble Malaysia (P&G) melancarka­n kempen ‘Pahlawan Planet’ bersama Treat Every Environmen­t Special (TrEES), baru-baru ini.

Khusus bagi penyertaan pelajar sekolah menengah, Pahlawan Planet dirangka untuk mendidik, menyemai dan memperkuku­h budaya sayangi alam sekitar berasaskan konsep 4R iaitu ‘Rethink, Reduce, Reuse dan Recycle’ atau berfikir semula, kurangkan, guna semula dan kitar semula.

Menerusi aktiviti kitar semula dari rumah ke sekolah dan beberapa program, peserta diterapkan dengan sifat sayangkan alam sekitar, sekali gus menjiwai dan menyedari tabiat positif itu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanath­an dalam ucapan perasmiann­ya berkata, kempen Pahlawan Planet itu adalah susulan daripada mandat kerajaan pada tahun lalu yang menghendak­i supaya bahan buangan yang boleh dikitar semula diasingkan.

“Kempen kesedaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk membina sikap prihatin dalam diri mereka menerusi aktiviti luar kelas.

“Mereka juga diberi kebebasan untuk menyuaraka­n pendapat bagaimana perubahan sebenar itu dapat dicapai,” katanya.

Sementara itu, menurut Pengarah TrEES, Leela Panikkar, program itu memberi cabaran kepada pelajar supaya mengamalka­n sikap berfikir semula demi kebaikan bumi dan masa depan.

“TrEES berbesar hati kerana dapat berganding dengan P&G Malaysia untuk melebarkan impak program ini menerusi kempen Pahlawan Planet.

“Di bawah kempen ini, peserta bertindak sebagai pemimpin kepada perubahan yang memperkasa komuniti sekolah dalam mengamalka­n konsep 4R serta mengurangk­an sisa buangan di sekolah dan rumah masing-masing,” katanya.

Peserta dalam kumpulan projek itu dilatih menerusi beberapa bengkel latihan kemahiran untuk dibentuk menjadi pelopor alam sekitar sebagai teladan yang baik dan dapat dicontohi rakan pelajar sekolah dan ahli keluarga masing-masing.

Menerusi proses dan amalan 4R yang diterapkan, rakan sebaya dan ahli keluarga dapat mempelajar­i cara mengurangk­an kesan buruk ekologi alam sekitar.

Melalui kempen ini, pelajar daripada 36 sekolah menengah terpilih, digalakkan membawa bahan yang boleh dikitar semula seperti kertas, botol plastik dan tin aluminium ke sekolah masing-masing bermula 12 Mei lalu hingga 5 Ogos depan.

Satu setem diberikan bagi setiap satu kilogram kertas atau lima botol plastik atau tin yang boleh dikitar semula. Bagi setiap sepuluh setem terkumpul, satu baucar bernilai RM5 diberikan dan boleh ditebus guna di cawangan terpilih Aeon, Aeon

Big, Econsave,

Mydin dan Tesco di seluruh negara.

 ??  ??
 ??  ?? 1. MAJLIS perasmian kempen kesedaran alam sekitar ‘Pahlawan Planet’,
baru-baru ini. 2. PESERTA kempen menurunkan tandatanga­n sebagai tanda sokongan.
3. PESERTA kempen bergambar kenangan.
1. MAJLIS perasmian kempen kesedaran alam sekitar ‘Pahlawan Planet’, baru-baru ini. 2. PESERTA kempen menurunkan tandatanga­n sebagai tanda sokongan. 3. PESERTA kempen bergambar kenangan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia