Harian Metro

Pemandu treler cabut lari

-

Gombak: Tindakan pengecut apabila seorang pemandu treler membawa muatan penuh pasir ‘cabut lari’ sejurus terbabas dan merempuh empat kenderaan lain.

Dalam kejadian jam 8.45 pagi semalam, treler seberat lebih 30 tan itu hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentang­an di Kilometer 13.7, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Kepong di sini.

Nahas itu turut mengakibat­kan pengurus besar syarikat swasta berusia 51 tahun maut sejurus kereta Toyota Camry dipandu dirempuh treler itu.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, pihaknya mengesan pemandu treler itu berdasarka­n rekod nombor pendaftara­n kenderaan dan meminta dia tampil menyerah diri bagi membantu siasatan.

Menurutnya, siasatan mendapati kemalangan berlaku di laluan lurus serta tidak hujan.

Beliau berkata, siasatan dijalankan sama ada kemalangan berpunca sikap cuai pemandu treler atau kegagalan brek berfungsi dengan baik.

“Keterangan pemandu kereta yang terbabit dalam kemalangan itu direkodkan bagi melengkapk­an siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 kerana memandu secara melulu hingga menyebabka­n kematian.,” katanya.

Sementara itu, kemalangan berkenaan menyebabka­n muatan pasirnya menghalang laluan lebuh raya berkenaan, sekali gus mengakibat­kan kesesakan luar biasa dari arah Ampang dan Kepong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia