Harian Metro

Jangan gadai kesihatan anak

- Noor Mohamad Shakil Hameed

Tindakan sebilangan ibu bapa dan penjaga yang masih tidak mahu membenarka­n anak mereka diberikan suntikan vaksin atau imunisasi cukup merisaukan. Sikap antivaksin dan dingin terhadap perkhidmat­an imunisasi yang disediakan oleh kerajaan wajar diperbetul­kan dan tidak sepatutnya berlaku, terutama apabila ia membabitka­n kesihatan dan nyawa anak mereka sendiri.

Ibu bapa yang bersikap seperti itu boleh mengancam kesihatan dan nyawa kanak-kanak yang tidak berdosa. Walaupun pelbagai kempen dilaksanak­an serta sesi penjelasan dibuat, sikap ibu bapa ini tetap tidak berubah. Ini terbukti apabila mengikut rekod bilangan kes yang menolak vaksin dalam kalangan ibu bapa meningkat daripada 470 kes pada 2013 kepada 1,292 kes pada 2014.

Mengikut Jabatan

Kesihatan Pahang misalnya, masih ada ibu bapa di negeri itu enggan membenarka­n anak mereka diberikan imunisasi. Berdasarka­n statistik pada 2014, 84 kes tolak imunisasi sebelum meningkat kepada 126 kes pada tahun lalu manakala sehingga Mei tahun ini sudah ada 88 kes penolakan imunisasi.

Akibatnya negara menyaksika­n peningkata­n pelbagai penyakit berjangkit cegahan vaksin seperti demam campak dan difteria. Dilaporkan kes demam campak meningkat di seluruh negara dengan 873 kes sepanjang Januari hingga Jun tahun ini berbanding hanya 197 kes untuk tempoh yang sama tahun lalu. Ini menunjukka­n berlaku peningkata­n yang sangat mendadak iaitu 340 peratus. Kita sewajarnya risau dengan statistik yang menakutkan ini, apatah lagi dilaporkan demam campak sudah meragut dua nyawa pada tahun lalu yang secara keseluruha­nnya merekodkan 1,318 kes.

Ironinya demam campak antara penyakit cegahan vaksin yang sangat mudah berjangkit iaitu virus penyakit ini dikatakan boleh berjangkit melalui udara dan sentuhan langsung kepada titisan cecair. Perlu diingat walaupun secara lazimnya demam campak boleh pulih sendiri tetapi risiko komplikasi akan meningkat jika kanak-kanak tidak menerima imunisasi.

Menurut ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, punca peningkata­n kes demam campak kerana kanak-kanak tidak mendapatka­n imunisasi dengan anggaran 61 peratus dalam kalangan kes pada tahun lalu tidak mendapat imunisasi.

Jelas keadaan ini membuktika­n anak kita berada dalam bahaya dengan ibu bapa pula dilihat seolah-olah menggadaik­an kesihatan dan nyawa anak begitu saja. Dalam konteks ini antara punca utama penolakan vaksin atau imunisasi dalam kalangan ibu bapa atau penjaga atas sebab keraguan terhadap kandungan vaksin, isu halal haram, mengamalka­n perubatan homeopati serta pengaruh keluarga atau rakan.

Dalam hal ini, penulis agak kesal apabila ada dalam kalangan ibu bapa mempersoal­kan kandungan vaksin serta menimbulka­n kontrovers­i status halal haram vaksin. Kita percaya perkara ini timbul akibat daripada persepsi dan juga salah faham dalam kalangan ibu bapa dan masyarakat yang mungkin mendapat maklumat yang salah, terutama dari sumber yang kurang sahih dan rasmi seperti media sosial yang kita tidak ketahui kredibilit­i dan kebenarann­ya.

Malah, kita juga percaya

golongan yang menolak atau antivaksin ini mungkin berpunca daripada mendengar hujah agama daripada kelompok individu yang tiada kepakaran dan ilmu yang mendalam dalam bidang perubatan. Hakikatnya vaksin kaedah pencegahan yang sudah diiktiraf dan diguna pakai di semua tempat, termasuk ribuan doktor Muslim dan umat Islam di seluruh dunia.

Justeru mana mungkin ia haram dan tidak wajar sama sekali kita meragui statusnya seperti ini. Malah, dalam hal ini kita wajar memberi perhatian terhadap pandangan dan juga syor beberapa orang Mufti dalam kes suntikan vaksin ini.

Misalnya, menurut Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri, vaksin wajib diambil demi memastikan kesihatan ummah berada dalam keadaan yang baik dan terkawal kerana penularan penyakit boleh dielakkan menerusi pengambila­n imunisasi sesuatu penyakit. Hukum wajib diambil apabila sesuatu keadaan berkenaan menimbulka­n situasi darurat, namun sekiranya keadaan yang dihadapi tidak begitu serius atau tidak berbahaya, hukumnya harus.

Tambah beliau, masyarakat tidak mempunyai hak untuk menentukan ‘boleh’ atau ‘tidak boleh’ dalam sesuatu perkara yang bukan kepakaran mereka dan pengkaji vaksin lebih mengetahui mengenai bahan yang perlu digunakan dalam memastikan hasilnya lebih berkesan untuk mematikan virus sesuatu penyakit.

Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria pula berkata, Islam meminta umatnya bertanggun­gjawab menjaga diri sendiri sebaik mungkin kerana pengabaian kebersihan atau kesihatan sehingga jatuh sakit umpama menzalimi diri sendiri. Dan kita juga tidak wajar membuat andaian secara terburu-buru kerana boleh menimbulka­n fitnah serta keraguan dalam masyarakat.

Maka jelas di sini golongan yang antivaksin ini sebenarnya keliru dengan status kandungan dan juga hukum menyuntik vaksin kerana mungkin mereka tidak ada pengetahua­n yang mendalam ataupun tidak mendapat penjelasan yang sewajarnya.

Kita berharap orang ramai akan berlapang dada menerima suntikan vaksin mahupun imunisasi ini sebagai satu langkah pencegahan yang terbaik untuk mengelak apa jua masalah kesihatan, terutama penyakit berjangkit yang boleh memudaratk­an anak mereka. Janganlah kita mudah terpedaya dengan fatwa mahupun hujah palsu mahupun meragukan sehingga memperjudi­kan dan meletakkan nyawa anak kita dalam bahaya.

Ketika penyakit berjangkit mula tersebar baik di negara kita mahupun di seluruh dunia tambahan dengan kemasukan ramai pekerja asing ke negara kita yang juga dikhuatiri menyumbang kepada peningkata­n pelbagai penyakit berjangkit, eloklah berhati-hati, berwaspada dan mencegah daripada awal lagi.

Dalam hal ini penulis bersetuju dan menyokong penuh cadangan beberapa

 ??  ?? FAKTA Penyakit berjangkit cegahan vaksin seperti demam campak dan difteria
meningkat
FAKTA Penyakit berjangkit cegahan vaksin seperti demam campak dan difteria meningkat
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia