Harian Metro

KERETA BUKAN ASET

-

ANDA masih lagi berkirakir­a mahu membeli kereta? Apa kata sebelum membeli kereta, kita pelajari dulu beberapa tip dan panduan.

Kita perlu melihat dari aspek komitmen kewangan dan penyelengg­araan.

Perkara yang selalu difikirkan setiap kali membeli kereta ialah berapa kemampuan saya? Kadar faedah untuk pinjaman kereta biasanya dikira berasaskan kadar sama rata. Mengikut Akta Sewa Beli 1967, kadar faedah maksimum yang dibenarkan ialah 10 peratus setahun.

Kiraan faedah adalah berdasarka­n faedah atas jumlah pokok untuk sepanjang tempoh pinjaman sewa beli. Pengiraan boleh dilihat di dalam contoh berikut:

Harga kereta - RM50,000

Bayaran pendahulua­n @ 10 peratus - RM5,000

Jumlah pinjaman sewa beli RM45,000

Kadar faedah (Kadar sama rata) - 5 peratus setahun

Tempoh pinjaman - 5 tahun (60 bulan)

PENGIRAAN

Jumlah faedah yang dikenakan Jumlah pinjaman x kadar faedah x Tahun

RM45,000 x5% x 5

RM11,250

Jumlah pinjaman + Faedah

RM45,000 + RM 11,250

RM56,250

Jumlah ansuran bulanan

RM56,250 / 60 bulan

RM938

Ansuran bulanan yang perlu dibayar ialah RM938 sebulan.

Untuk mengetahui sama ada anda mampu membayar ansuran berkenaan, gunakan formula berikut untuk memperoleh pendapatan bulanan minimum yang anda perlukan.

Pengiraan jumlah pendapatan minimum ini atas andaian bahawa anda tidak ada ansuran lain. Jika anda mempunyai pinjaman lain, pastikan jumlah ansuran semua pinjaman tidak melebihi 40 peratus daripada pendapatan kasar bulanan anda.

Pendapatan kasar bulanan Bayaran ansuran bulanan kereta / 40 peratus

RM938 / 40 peratus

RM2,345

Dengan pendapatan RM2,345 tanpa komitmen pinjaman yang lain, anda mampu membayar ansuran tersebut.

Bagaimanap­un, anda masih perlu mengambil kira perbelanja­an berkaitan yang ditunjukka­n di bawah.

Kiraan di bawah menunjukka­n bahawa kos memiliki kereta tersebut adalah jauh melebihi bayaran ansuran bulanan yang berjumlah RM938 sebulan.

Kos tetap RM/Bulan Catatan

1 Bayaran ansuran (dibundarka­n) 938 RM45,000 @ 5 peratus selama 5 tahun 2

Insurans 125 RM1,500 setahun / 12 bulan 3

Cukai jalan 8 RM90 setahun / 12 bulan

Kos boleh ubah

1Petrol

225 Andaian RM 0.15/km x 50KM/hari x 30 hari 2

Servis dan penyelengg­araan 100 Berdasarka­n anggaran

3

Parkir / Tol dan lain-lain 100 Berdasarka­n anggaran

Jumlah Kecil RM1,496

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia