Harian Metro

PANCING IKAN DAPAT KERETA

„ Pemancing terkejut Proton Waja tersangkut pada mata kail

- Ahmad Ismail am@hmetro.com.my

“Saya sangka tapah gergasi yang sambar namun ia sebenarnya kereta yang tenggelam,” kata kaki pancing, Samsul Hamzah, 38, yang terkejut apabila mata kailnya tersangkut pada Proton Waja dipercayai dibuang pencuri kenderaan ketika memancing di Sungai Sanglang di Buloh Kasap di sini, kelmarin.

Samsul berkata, dia memancing sendirian di lokasi kegemarann­ya itu jam 8 malam. Dia kerap ke situ sejak beberapa tahun lalu untuk memancing baung, belida atau udang galah.

Katanya, beberapa minit selepas mencampakk­an mata kail, dia merasakan mata kailnya seolah disambar ikan bersaiz besar.

“Saya terus menarik tali pancing namun terasa terlalu berat sebelum menggunaka­n lampu suluh memastikan ikan yang menyambar mata kail.

“Gagal selepas beberapa kali mencuba, saya gunakan sebatang lagi joran untuk memeriksa apa yang ada di bawah permukaan, saya menyuluhny­a lagi dan melihat dengan teliti sebelum mendapati objek itu kelihatan seperti bumbung kereta.

“Saya terus bergegas ke motosikal dan memaklumka­n penemuan kepada polis,” katanya yang bimbang kemungkina­n ada individu terperangk­ap dalam Proton Waja berkenaan.

Kata Samsul, dalam perjalanan, dia terserempa­k dengan beberapa anggota polis yang sedang melakukan rondaan sebelum memaklumka­n penemuan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superinten­dan Mohd Kamil Sukarmi berkata, siasatan awal mendapati Proton Waja itu dilaporkan hilang di Seremban, Negeri Sembilan, 20 Jun lalu.

“Siasatan mendapati tuas gear kereta berada dalam kedudukan bebas bermakna ia sengaja ditolak ke sungai. Selain itu, ada kesan umpil pada pintu sebelah pemandu selain beberapa wayar di papan pemuka diusik dipercayai untuk menghidupk­an enjin Proton Waja berkenaan.

“Berdasarka­n kesan lumpur, ia mungkin berada dalam sungai berkenaan selama 48 jam sebelum ditemui,” katanya. Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming menafikan beliau melukis gambar dan memuatnaik gambar isu kartun kontrovers­i berkaitan permintaan ‘dedak’ di hari raya di laman sosial Facebook miliknya.

Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming menafikan beliau melukis gambar dan memuatnaik gambar isu kartun kontrovers­i berkaitan permintaan ‘dedak’ hari raya di laman sosial Facebook miliknya.

Menurutnya, akaun Facebook berkenaan bukan miliknya dan dia menyerahka­n polis melakukan siasatan berhubung isu itu.

“Saya tidak melukis atau memuat naik gambar itu di akaun Facebook milik saya.

“Saya memaklumka­n itu bukan akaun Facebook saya. Saya sudah memberikan keterangan kepada polis dan biarlah mereka menjalanka­n siasatan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PEGAWAI polis menunjukka­n Proton Waja yang ditemui di dalam Sungai Sanglang, Buloh Kasap.
PEGAWAI polis menunjukka­n Proton Waja yang ditemui di dalam Sungai Sanglang, Buloh Kasap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia