Harian Metro

TERKULAI TARIK JASAD AYAH

„ Pengurus besar maut kereta dirempuh lori muatan pasir

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz azimfitri@hmetro.com.my

Seorang lelaki berusia 21 tahun yang berusaha mengeluark­an bapanya dari dalam kereta yang remuk akibat dirempuh treler sebaliknya terkulai pengsan akibat terkejut sedih.

Pemuda itu menaiki kereta Toyota Camry bersama bapanya berusia 51 tahun sebelum dilanggar treler muatan pasir itu.

Dalam kejadian jam 8.45 pagi mangsa yang juga pemandu kereta, Tan Siew Tong maut di tempat kejadian manakala anak lelakinya cedera ringan.

Difahamkan anak lelaki mangsa rebah sebaik melihat jasad bapanya berlumuran darah tersepit di tempat pemandu sebelum dibantu orang ramai.

Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Farid, 29, memberitah­u anak mangsa sempat dibantu keluar orang ramai sejurus kemalangan berlaku.

“Sebaliknya pemandu treler menghilang­kan diri dan gagal dikesan sementara mangsa lain dibantu orang awam yang berhenti melihat kejadian.

“Saya syak treler itu dipandu laju sebelum hilang kawalan,” katanya.

Menurutnya, kemalangan itu mengakibat­kan empat kenderaan Toyota Camry, Perodua MyVi, Toyota Vios dan Mitsubishi ASX dirempuh mendadak treler itu.

Tinjauan wartawan Harian Metro di lokasi nahas mendapati tiang lampu dan kabel besi penghadang jalan rosak teruk selain muatan pasir yang dibawa lori itu menutupi dua lorong lebuh raya itu.

Mangsa tersepit dikeluarka­n anggota bomba dan penyelamat jam 11 pagi sebelum dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

Bagaimanap­un kesesakan terus berlaku sehingga jam 4 petang semalam berikutan pihak berkuasa mengambil masa memindahka­n treler dan pasir berkenaan.

 ??  ??
 ??  ?? ORANG ramai mengerumun­i lokasi nahas.
TRELER muatan pasir terbalik selepas merempuh empat kereta.
ORANG ramai mengerumun­i lokasi nahas. TRELER muatan pasir terbalik selepas merempuh empat kereta.
 ??  ?? KENDERAAN mangsa remuk teruk mengakibat­kan pemandunya tersepit meninggal dunia.
KENDERAAN mangsa remuk teruk mengakibat­kan pemandunya tersepit meninggal dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia