Harian Metro

Gilis dua nyawa

Dua beranak diseret kenderaan berat

- Nur Saliawati Salberi nursaliawa­ti@hmetro.com.my

Dua sekeluarga maut selepas motosikal dinaiki mereka terbabit nahas dengan treler di persimpang­an Kendong, Alor Gajah, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa Muhamad Shaiful Zulkepli, 34, bersama anak angkatnya Nur Shazielian­a Shuhadah Abdul Latif, 4, maut di tempat kejadian selepas diseret treler manakala isterinya Nor Adlina Hassan, 29, cedera ringan.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa bersama isteri dan anak angkatnya itu dalam perjalanan pulang dari Tampin ke rumahnya di Chengkau, Rembau, Negeri Sembilan.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang Honda Wave berada di belakang treler sebelum dipercayai bergesel.

“Kedua-dua kenderaan terbabit dari arah sama iaitu Tampin, bagaimanap­un ketika di susur masuk berhampira­n lampu isyarat Kendong berlaku pergeseran ketika treler berkenaan membelok ke arah Alor Gajah.

“Akibatnya motosikal dinaiki tiga beranak itu terbalik sebelum mangsa dan anaknya yang duduk di hadapan diseret kenderaan berat terbabit,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa meninggal dunia akibat parah di kepala manakala Nor Adlina luka di kepala sebelum dihantar ke Hospital Tampin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superinten­dan A Asmadi Abd Aziz mengesahka­n kemalangan yang meragut dua nyawa itu.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah (HAG) untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk pengebumia­n.

“Saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, adik mangsa Mohamad Hafizanuar Zulkepli, 30, memberitah­u jenazah abang sulungnya itu dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gadong, Negeri Sembilan.

“Jenazah abang dan anaknya itu dikebumika­n malam ini (semalam) sebaik urusan bedah siasat selesai.

“Arwah turut meninggalk­an anak lelaki berusia setahun,” katanya di Jabatan Forensik HAG.

 ??  ?? MANGSA kemalangan di tempat kejadian.
MANGSA kemalangan di tempat kejadian.
 ??  ?? MAYAT dua mangsa kemalangan di persimpang­an lampu isyarat Kendong, Alor Gajah, Melaka.
MUHAMAD Shaiful
MAYAT dua mangsa kemalangan di persimpang­an lampu isyarat Kendong, Alor Gajah, Melaka. MUHAMAD Shaiful

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia