Harian Metro

Pesara tentera parah disamun

-

Wangsa Maju: Seorang pesara tentera cedera parah selepas diserang empat lelaki bersenjata­kan parang ketika berada di hadapan rumahnya.

Dalam kejadian jam 7.30 malam semalam, mangsa berusia 50-an ditetak berulang kali di kepala, tangan dan kaki oleh penjenayah yang dipercayai mahu merompakny­a di Jalan Setiawangs­a 2A, Ulu Kelang, di sini.

Mangsa bagaimanap­un ditemui jiran berhampira­n dalam keadaan berlumuran darah selepas diserang suspek yang melarikan diri dengan menunggang motosikal.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superinten­dan Mohammad Roy Suhaimi Sarif berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumka­n kejadian itu jam 7.55 malam.

Katanya, siasatan mendapati serangan berlaku sewaktu mangsa mahu memasuki kereta yang diletakkan di pekarangan rumahnya.

“Secara tiba-tiba mangsa diserang empat lelaki yang menunggang motosikal Yamaha 125Z. Dua daripada suspek bersenjata­kan parang menyerang mangsa dengan menetak bahagian kepala, tangan dan kaki mangsa.

“Bagaimanap­un suspek melarikan diri apabila mangsa menjerit meminta tolong,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohammad Roy berkata, mangsa yang parah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

Katanya, suspek hanya sempat melarikan kunci kereta Kia Rio milik mangsa.

“Siasatan masih dilakukan bagi mengenal pasti identiti empat suspek terbabit. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.

 ??  ?? PASUKAN perubatan membantu memberi rawatan kepada mangsa.
PASUKAN perubatan membantu memberi rawatan kepada mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia