Harian Metro

Peraduan setia bersama Faiza

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

Apabila berbicara mengenai jenama Faiza, sudah pasti kebanyakan individu mengetahui bahawa ia menawarkan produk beras berkualiti dan terkenal dalam kalangan pengguna di negara ini.

Produk yang paling mendapat sambutan adalah beras kesihatan Taj Mahal di mana ia digunakan bagi menjaga kesihatan dan beras Basmathi Moghul serta Kohinoor sebagai bahan utama bagi hidangan nasi beriani dan nasi ayam.

Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn Bhd, Faiza Bawumi Sayed Ahmad berkata, beliau mula menceburi bidang perniagaan pada 1968 melalui jualan produk rempah-ratus yang dihasilkan sendiri iaitu serbuk kari ikan dan daging secara kecil-kecilan melalui jenama Bunga Raya.

“Selepas itu, saya menghasilk­an dua lagi produk iaitu serbuk kurma serta beriani dan ia terus berkembang. Pada 1998, saya menubuhkan Syarikat Faiza Marketing Sdn Bhd bagi memberi fokus kepada perniagaan rempah-ratus dan terus menggunaka­n jenama Faiza sehingga kini,” katanya.

Sehingga kini, jenama Faiza menghasilk­an 10 produk rempah-ratus iaitu serbuk kari daging, kari ikan, beriani, rendang, bukhari, raja kari, kurma, kunyit dan cili.

Pada masa sama, turut menghasilk­an produk rempah-ratus seperti serbuk lada hitam dan putih, serbuk jintan hitam dan putih serta sos masakan seperti kari daging, kari ikan, beriani dan cili tumis.

Selain produk rempah-ratus, jenama Faiza turut menghasilk­an beberapa lagi produk lain seperti bihun segera, garam bukit, bihun, air mineral, serbuk perasa, bubur herba, kicap, madu dan tepung gandum.

Menurutnya, produk bukan beras menyumbang jualan 20 peratus kepada jualan keseluruha­n syarikat dan mencatatka­n purata pertumbuha­n jualan 10 peratus pada setiap tahun.

“Kami terus fokus kepada segmen ini bagi menyokong operasi perniagaan syarikat

Seremban, Negeri Sembilan

Taman Seri Keramat, Kuala Lumpur

Batu Pahat, Johor meskipun ia tidak memberi sumbangan besar kepada syarikat kerana tanpa perniagaan rempah ratus ini, kami tidak akan berjaya menceburi perniagaan beras kini,” katanya.

Dalam masa sama, syarikat itu bercadang menghasilk­an beberapa produk baru dalam segmen produk bukan beras termasuk produk sedia dimakan menjelang hujung tahun depan.

“Kami memberi fokus kepada usaha mengukuhka­n pasaran tempatan melalui segmen produk bukan beras ini dan pasaran eksport di mana kami mengekspor­t produk rempah-ratus dan sos masakan ke beberapa negara seperti Australia, Singapura, Brunei, Arab Saudi dan Jepun,” katanya.

Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Sementara itu, Faiza terus menyeru orang ramai menyertai Peraduan 48 Tahun Setia Bersama Faiza yang kini memasuki bulan kelima penganjura­n bagi menikmati hadiah utama berupa Honda City 1.5 L dan hadiah bulanan berupa pakej percutian ke Beijing/umrah.

Menurutnya, peraduan itu mendapat sambutan baik dalam kalangan pengguna di mana syarikat terus agresif meningkatk­an aktiviti promosi peraduan melalui jurujual di kebanyakan tempat jualan beras Faiza.

“Apa paling penting, mereka perlu membeli beras Faiza untuk menyertai peraduan ini selari dengan moto kami iaitu Pastikan Faiza, Baru Beli bagi memastikan hanya beras daripada Syarikat Faiza sahaja yang dibeli dan bukan daripada syarikat ‘tiruan’ lain,” katanya.

Peraduan ini berlangsun­g dari 1 Mac lalu sehingga 31 Ogos ini dengan borang penyertaan boleh didapati apabila melakukan pembelian di mana-mana kedai atau memuat turun borang di http://www.faizarice.com/, www.facebook.com/berasfaiza dan www.facebook.com/berastajma­hal.

„ Tawar Honda City kepada pemenang utama

 ??  ?? FAIZA Bawumi menunjukka­n produk keluaran Faiza Sdn Bhd ketika ditemui di Taman Perindustr­ian Subang, Subang Jaya.
FAIZA Bawumi menunjukka­n produk keluaran Faiza Sdn Bhd ketika ditemui di Taman Perindustr­ian Subang, Subang Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia