Harian Metro

SILAT WARIS HANG T

-

Pada 28 Disember 1965, Seni Silat Cekak mula berkembang di negara ini dan diasaskan oleh Ustaz Hanafi Ahmad yang menjadi Guru dan presiden yang pertama bagi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM).

Selepas 21 tahun PSSCM berkembang, Ustaz Hanafi sebagai peneraju meninggal dunia dan digantikan oleh Ishak Itam yang memegang jawatan itu sehingga Jun 2009.

Kini, PSSCM yang mempunyai lebih 80,000 ahli terus unggul dan diterima masyarakat selepas 50 tahun seni pusaka itu dilahirkan semula di Tanah Melayu.

Guru Utama dan Presiden PSSCM, Datuk Maideen Kadir Shah berkata, lebih 10,000 penuntut sudah memegang sijil rendah silat itu di Malaysia yang dibimbing kirakira 700 tenaga pengajar.

Katanya, silat cekak terus giat diketengah­kan kepada generasi muda kini selepas Perdana

Menteri Datuk Seri Najib Razak mengisytih­arkan silat sebagai seni mempertaha­nkan diri rasmi negara pada 18 September 2015.

“Silat cekak menjadi pilihan masyarakat Melayu sejak 50 tahun kerana pelajaran silat ini mempunyai sistem yang unik berbanding dengan seni bela diri yang lain.

“Selain asas yang terbahagi lapan bahagian dan cara memotong 21 jenis buah silat, beza seni silat ini dengan silat lain adalah tidak mempunyai kuda-kuda tetapi berdiri seperti pergerakan solat.

“Bukan itu sahaja, silat cekak cenderung kepada ilmu pembanguna­n modal insan dan nilai murni yang melatih ahli untuk saling hormat menghormat­i dan tidak memperleke­hkan silat lain,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, meskipun tidak

Persatuan Seni Silat Cek giat berkembang miliki 80,

mempunyai ilmu hebat seperti makan kaca atau bersilat sambil terbang, silat cekak mempunyai keseimbang­an ilmu antara ketahan fizikal dan sifat kerohanian.

“Silat cekak bukan bertujuan mempertaha­nkan diri semata-mata tetapi mendidik ahli untuk berani, berdisipli­n dan mementingk­an sifat kekeluarga­an dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama.

“Oleh itu seni silat sesuai untuk dikembangk­an ke seluruh negara tanpa sekatan dan dikembangk­an sehingga di pejabat kerajaan, sektor swasta dan institusi pendidikan,” katanya yang juga presiden yang ketiga PSSCM.

Katanya, PSSCM diterima dengan baik dalam pembabitan di 156 universiti awam dan swasta di seluruh negara dan paling membanggak­an silat cekak

 ??  ?? PERGERAKAN silat cekak tidak mempunyai kekuda sebaliknya berdiri tegak seperti sedang bersolat.
PERGERAKAN silat cekak tidak mempunyai kekuda sebaliknya berdiri tegak seperti sedang bersolat.
 ??  ?? PRESIDEN Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM), Datuk Maideen Kadir Shah.
PRESIDEN Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM), Datuk Maideen Kadir Shah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia