Harian Metro

Majoriti percaya Fethullah dalang

-

menyalahka­n Amerika Syarikat, 3.6 peratus yakin ia didalangi kuasa asing dan 2.2 peratus berkata, Erdogan sendiri yang merancangn­ya sebagai cara untuk mengukuhka­n kuasanya.

Pihak berkuasa Turki melancarka­n beberapa siri pembersiha­n dalam kalangan tentera, polis, kehakiman dan sistem pelajaran dengan menyasarka­n pengikut Fethullah yang mengendali­kan rangkaian luas sekolah dan badan kebajikan.

Kajian itu juga menunjukka­n 72.6 peratus responden percaya negara asing menyokong pegawai tentera yang cuba merampas kuasa itu sementara 78.9 peratus melihat perpaduan antara Erdogan dan pemimpin pembangkan­g ketika rampasan kuasa itu ikhlas.

Menjawab soalan sama ada mereka mahu Fethullah dibawa pulang ke Turki, 81.5 peratus berkata ‘Ya.”

Kajian berkenaan dilakukan menerusi wawancara telefon, membabitka­n 1,496 responden. - Agensi Pihak berkuasa Turki semalam menahan Nazli Ilicak, wartawan veteran wanita sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap cubaan rampasan kuasa 15 Julai lalu.

Penahanan itu dilakukan selepas kerajaan negara itu mengeluark­an waran tangkap terhadap 42 wartawan, tindakan yang mencetuska­n kebimbanga­n antarabang­sa.

Nazli Ilicak turut berada dalam senarai wartawan yang dikehendak­i itu.

Dia ditahan awal semalam di satu sekatan jalan raya di Bodrum, wilayah di selatan negara itu, lapor agensi berita Anadolu.

Nazli dilapor dibawa ke Istanbul dan akan dihadapkan ke mahkamah yang akan menentukan sama ada dia akan terus ditahan atau dibebaskan.

Selain Nazli, enam wartawan sudah ditahan setakat ini sementara 11 lagi dipercayai berada di luar negara.

Wartawan terkenal lain yang dikehendak­i pihak berkuasa Turki ialah pengulas Bulent Mumay dan pengarang berita Fox TV di Turki, Ercan Gun. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia