Harian Metro

MULANYA MALU NAK MUAT NAIK...

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Jumlah pengikut bertambah mungkin sebab gemar tonton lakonan Safwan bersama rakan

Pemilik akaun Instagram @safwannazr­i atau nama sebenarnya, Muhammad Safwan Mohd Nazri, 22, mempunyai 28,500 pengikut di laman sosialnya itu.

Ikuti temu bual penulis bersamanya.

SOALAN (S): Ceritakan mengenal latar belakang diri Safwan.

SAFWAN NAZRI (SN): Saya anak ketiga daripada empat beradik dan dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Saya sedang melanjutka­n pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pentadbira­n Perniagaan (Pemasaran) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Arau, Perlis dan kini menuntut di semester tiga.

S: Sejak bila ada membuka akaun Instagram dan apa faktor yang menyebabka­n netizen mengikuti perkembang­an anda?

SN: Saya membuka akaun Instragram pada 2014 cuma mula aktif sejak empat bulan lalu selepas memuat naik video lakonan bersama rakan sekelas, Muhammad Arif Syamsul Baharin, 22.

Sejak itu, jumlah pengikut semakin bertambah dan ia mungkin kerana mereka gemar menonton video lakonan kami berdua.

S: Tidakkah anda khuatir dengan kecaman orang ramai atau golongan pembenci (haters) gara-gara video yang dimuat naik di akaun Instagram?

SN:Pada mulanya, saya malu untuk memuat naik video lakonan di Instagram peribadi sebaliknya lebih selesa berkongsi di akaun Instagram yang mempunyai pengikut ramai dengan harapan ia lebih cepat menjadi viral.

Lama-kelamaan, saya berani memuat naik video itu di akaun sendiri dan syukurlah, respons diterima amat baik.

Kebiasaann­ya, video yang dirakamkan berkisar isu semasa dan untuk mengelak kritikan, kami berdua akan menonton semula berulang kali sebelum memuat naik di Instagram.

S: Boleh kongsikan aktiviti atau hobi kegemaran Safwan pada masa lapang?

SN: Ketika waktu lapang, saya gemar bermain badminton dan futsal bersama rakan bagi mengeluark­an peluh.

Selain itu, saya turut menerima tawaran sebagai model sambilan jika tidak bercanggah dengan kuliah atau urusan lain.

S: Apakah perancanga­n anda pada masa akan datang?

SN: Buat masa ini, saya belum melakukan reviu produk tetapi sedia mempertimb­angkan tawaran itu apabila mempunyai lebih 40,000 pengikut nanti

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia