Harian Metro

‘Ya Allah...pelakon rupanya’

-

Ampang: “Ya Allah...pelakon rupanya,” itu kata Fatimah Mohd Ajis, 80, penghuni Pusat Jagaan Sri Mesra yang teruja selepas mengetahui pemuda yang menyanyi, menari dan bermesra dengannya itu artis Izzue Islam.

Fatimah antara 12 warga emas menerima kunjungan Super Food Marketing Sdn Bhd bersama duta selebriti mereka di Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Sri Mesra, Taman Watan, di sini.

Fatimah berkata, dia memang seorang yang manja dan selalu bermesra dengan sesiapa saja yang melawatnya dan tidak menyangka orang dipeluknya itu seorang artis terkenal.

“Dia (Izzue) juga peramah dan nampak seperti orang biasa yang selalu datang melawat kami. Memang terkejut selepas diberitahu dia seorang yang terkenal dan baru saya teringat dia selalu munkata, cul di televisyen.

“Semua yang datang melawat saya dianggap seperti anak. Alhamdulil­lah kami di sini tidak kesunyian kerana ada saja yang datang melawat memberi perhatian kepada kami,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pengasas pusat jagaan, Razali Mohamed, 39, ber-

pusat yang lebih dikenali sebagai Mesra Home itu ditubuhkan sejak lebih lima tahun lalu selepas mendapat ilham apabila kerap menjalanka­n program kebajikan kerjasama pelbagai agensi.

“Lebih 10 tahun saya dan isteri, Faezah Ali, 38, aktif dengan program kebajikan. Pengalaman kami bersama mereka yang tidak bernasib baik menjadi pendorong menubuhkan sebuah pusat jagaan menggunaka­n simpanan kami sendiri.

“Walaupun berbelanja RM8,000 hingga RM10,000 setiap bulan, kami tidak kisah kerana hati kami lebih tenang apabila melihat kumpulan warga emas ini gembira apabila mendapat perhatian penuh,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berharap badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi seperti Super Food

memperbany­akkan program kebajikan supaya golongan tidak bernasib baik ini tidak dipinggirk­an dan menerima kasih sayang yang sepatutnya.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran Super Food, Cheok Ching Won berkata, dalam kunjungan itu, pihaknya turut menyampaik­an produk makanan keluaran syarikat dan keperluan dapur yang disampaika­n oleh duta produk.

“Selain keperluan asas, penghuni pusat jagaan juga menerima duit raya dan beramah mesra dengan duta syarikat Izzue Islam, sebagai tanda prihatin dan penyayang dari syarikat korporat,” katanya.

Dalam majlis itu, Harian Metro turut mengambil kesempatan menyerahka­n tiga Kotak Rezeki mengandung­i keperluan harian kepada Pusat Jagaan Sri Mesra.

 ??  ?? FATIMAH (kiri) bermesra dengan Izzue dan Cheok di Pusat Jagaan Sri Mesra, Taman Watan.
FATIMAH (kiri) bermesra dengan Izzue dan Cheok di Pusat Jagaan Sri Mesra, Taman Watan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia