Harian Metro

Melambai tidak kembali

- Nurul Fatihah Sulaini am@hmetro.com.my

Tiga bersaudara yang lemas ketika mandi di Hutan Lipur Chakah di sini, semalam, melambai tangan sambil tersenyum kepada ahli keluarga mereka sebelum situasi bertukar cemas secara tiba-tiba hanya beberapa minit selepas itu.

Ibu saudara mereka, Norhayati Mohd Nor, 56, berkata keadaan itu menyebabka­n dia keliru kerana tidak menyangka ketiga-tiga mangsa ketika itu hampir lemas.

“Saya keliru kerana pada mulanya mereka melambai-lambai ke arah saya dan suami sambil tersenyum. Malah, seorang daripada mereka menunjukka­n isyarat tangan bertanyaka­n waktu.

“Saya menjerit memberitah­u sudah melepasi jam 12 tengah hari dan meminta mereka naik ke tebing. Tapi tak semena-mena saya lihat mereka melambai-lambai lagi.

“Saya ingat mereka masih berseronok, tetapi akhirnya sedar ada yang tak kena apabila ternampak ada yang terkapai-kapai dan menjerit minta tolong,” katanya.

Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari itu, Asiah Zakirah Abdul Rahman, 23, meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua sepupunya, Asma Shaari, 21, dan Fatin Athirah Ahmad Sabri, 20, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Setiu.

Adik kepada Asma, Maisarah Saari, 19, yang mandi bersama ketiga-tiga mangsa juga hampir lemas, namun sempat diselamatk­an suami Norhayati, Nordin Omar, 68,

Norhayati berkata, ketika kejadian dia dan suaminya berada di atas tebing dalam jarak 10 meter dari tempat ketiga-tiga mangsa mandi.

“Ketika itu suami saya menukar pakaian sebelum dia terus terjun untuk menyelamat­kan semua anak saudara kami itu,” katanya di Hospital Setiu, semalam.

Bagaimanap­un, katanya, Nordin hanya dapat menarik Maisarah ke tebing manakala tiga lagi anak saudaranya terus tenggelam.

Menurut Norhayati, semua anak saudaranya datang dari Pulai Chondong, Kelantan sejak kelmarin untuk bercuti di rumahnya sebelum mereka berkelah di kawasan itu, jam 10 pagi semalam.

Sementara itu, adik Asiah Zakirah, Adawiyah, 20, yang berada di gigi air ketika kejadian berkata, dia bersama ibu saudaranya segera meminta bantuan orang ramai untuk membantu ketika bapa saudaranya cuba menyelamat­kan kakak dan dua sepupunya itu.

Menurutnya, dia tidak mengikut kakak dan tiga sepupunya

„ Tiga bersaudara lemas ketika mandi di hutan lipur

mandi di tengah kerana takut berikutan airnya dalam.

“Kami tiba di hutan lipur itu sekitar jam 10 pagi. Waktu itu cuaca baik dan tidak ramai yang berkelah di kawasan itu.

“Selepas puas mandi dan bergambar, kami semua sempat makan sebelum menyambung mandi lagi. Kami diawasi bapa saudara yang berpesan supaya tidak pergi ke kawasan tengah sungai kerana ia lebih dalam berbanding kawasan lain,” katanya.

Katanya, dia terkilan kerana tidak dapat menunaikan permintaan arwah kakaknya yang mahu makan popia nestum.

Menurutnya, arwah kakaknya itu membuat permintaan beberapa hari lalu sebelum mereka bertolak ke Setiu untuk bercuti di rumah ibu saudaranya.

 ??  ?? KEADAAN sungai di hutan lipur tenang tidak hujan serta cuaca baik ketika kejadian.
KEADAAN sungai di hutan lipur tenang tidak hujan serta cuaca baik ketika kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia