Harian Metro

Merana rindu anak

- Safuri Kamarudin am@hmetro.com.my

„ Warga emas kayuh basikal tiga hari terdampar di tepi jalan

Kerinduan terhadap dua anaknya membuatkan seorang warga emas nekad mencari mereka dengan mengayuh basikal sebelum ditemui kepenatan di tepi Jalan Dalam Wang ke Bongor, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, Abdul Halim Ismail, 66, dari Kampung Paya Menora, Mukim Teloi Kanan, Kuala Ketil, di sini, mendakwa dalam perjalanan menuju ke Perak kerana mahu mencari anaknya kerana merindui mereka.

Difahamkan, lelaki berkenaan yang hidup seorang diri mengayuh basikal sejauh 50 kilometer dari Kuala Ketil sehingga ke Baling dipercayai keletihan kerana sudah berkayuh tiga hari.

Sumber berkata, orang ramai menemui lelaki berkenaan kepenatan dan tidak terurus selain terjatuh daripada basikal ditunggang­nya.

Menurutnya, lelaki berkenaan juga bertutur dalam nada tersekat-sekat selain tidak tahu dia berada di mana, namun mendakwa dalam perjalanan mencari anaknya di Perak.

“Lelaki itu mendakwa mengayuh basikal dalam perjalanan ke Perak disebabkan mahu mencari anaknya kerana dirundung rindu, tetapi tidak mengetahui di mana lokasi mereka.

“Pada masa sama, lelaki berkenaan membawa bersama tuala mandi, ubat nyamuk, lampu picit dan topi keledar apabila mengayuh basikal.

“Orang ramai kemudian menghubung­i Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) kampung berkenaan yang mengesahka­n mengenali warga emas berkenaan yang tinggal bersendiri­an,” katanya.

Menurutnya, berdasarka­n maklumat, anak lelaki berkenaan dipercayai bekerja di Kuala Lumpur dan urusan hidupnya dibantu jiran.

Katanya, warga emas berkenaan kemudian diserahkan kepada polis sebelum dihantar pulang ke rumah.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Baling Shamsul Izrin Isahak berkata, siasatan pihaknya mendapati warga emas berkenaan menerima bantuan bulanan RM150 sejak 10 tahun lalu.

 ??  ??
 ??  ?? BASIKAL digunakan Abdul Halim untuk mencari anaknya.
ABDUL Halim
BASIKAL digunakan Abdul Halim untuk mencari anaknya. ABDUL Halim
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia