Harian Metro

Tak malu hisap dadah depan anak

-

Kuala Lumpur: Masak dan hisap dadah tanpa rasa bersalah di hadapan isteri dan anak. Itu antara perlakuan melampau ditunjukka­n penagih dadah terhadap ahli keluarga.

Kebanyakan mereka mendakwa terpaksa menagih dadah di rumah selepas ‘sarang’ mereka melepaskan gian kerap diserbu pihak polis dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Tindakan itu dibongkar selepas pihak berkuasa menyerbu kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda di sini.

Hasil pemeriksaa­n terhadap lebih 80 unit kediaman di kawasan itu mendapati ada di antara ahli keluarga dengan rela membenarka­n rumah mereka dijadikan lokasi melepaskan gian.

Operasi Bah disertai lebih 23 anggota agensi penguatkua­sa dan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) itu berjaya menahan 21 individu lingkungan 18 hingga 51 tahun yang positif dadah melalui ujian saringan air kencing.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi AADK Izhar Abu Talib berkata, semakin ramai penagih menjadikan rumah sebagai ‘sarang’ penagihan dadah di ibu kota.

“Berdasarka­n aduan awam, kami mendapati kebanyakan penagih dadah menjadikan rumah sebagai tempat melepaskan gian beramai-ramai.

“Penagih mendakwa menagih dadah di luar rumah lebih berisiko dan memudahkan mereka diberkas pihak berkuasa,” katanya.

Izhar berkata, hasil pemeriksaa­n lanjut pihaknya mendapati kebanyakan penagih tinggal bersama keluarga mereka.

“Walaupun bunyinya agak pelik, namun ada ahli keluarga memberi kebenaran untuk mereka melakukan kegiatan itu di dalam rumah walaupun menyedari perbuatan itu salah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia