Harian Metro

Ejekanraka­n sudah berlalu

- Muhaamad Hafis Nawawi dan Safuri Kamarudin am@hmetro.com.my

Selama 15 tahun, pasangan kembarnya berada di dalam perut sehingga kisahnya pernah viral di laman sosial dek kerana keadaan perutnya yang membuncit.

Disebabkan itu juga, Mohd Zul Shahril Saidin, 15, sering diejek rakan sekolah dan digelar boroi sehingga pelajarann­ya terganggu.

Namun, kehidupann­ya kembali normal sejak tiga bulan lalu selepas menjalani pembedahan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani pada 18 Mei lalu.

Dia mampu mengayuh basikal tanpa berasa keletihan dan tidak malu bertemu rakan selepas perutnya tidak lagi besar seperti sebelum ini.

Bagaimanap­un, sakit akibat kesan 25 jahitan di perut masih dirasa mungkin disebabkan luka dalaman belum sembuh sepenuhnya, tetapi Mohd Zul Shahril tetap bersemanga­t menjalani kehidupan.

Ikuti temubual wartawan Muhaamad Hafis Nawawi dan Safuri Kamarudin yang mengunjung­inya di Kampung Charok Kangar, Kupang, di sini, baru-baru ini.

“Saya bersyukur kerana penderitaa­n selama ini sehingga sering diejek akibat perut boroi sudah berakhir dan kehidupan kembali normal.

Bagaimanap­un, saya masih belum dapat menyambung pelajaran dan tidak berpeluang mengambil peperiksaa­n PT3 (Pentaksira­n Tingkatan 3) kerana banyak tertinggal pelajaran. Kali terakhir saya ke sekolah awal tahun ini dan terus tidak hadir ke sekolah kerana

tidak tahan kerana diejek.

Selepas pembedahan, saya kini semakin sembuh dan boleh melakukan pelbagai perkara tanpa berasa keletihan, tetapi memang teringin menyambung semula pelajaran bagi mengejar cita-cita menjadi seorang anggota tentera.

Saya memilih menjadi anggota tentera disebabkan sering menonton cerita berunsur peperangan dan ingin menabur bakti kepada negara. Justeru, saya berharap masih ada peluang menyambung semula pelajaran supaya dapat mengejar cita-cita itu.

Alhamdulil­lah, kehidupan saya kembali normal dan bersyukur kepada Allah kerana memberi hidayah selepas sekian lama menderita tanpa menyedari mengendong janin kembar di dalam perut.

Kalau dulu saya sering rasa sakit dan muntah selepas makan, namun kini saya sudah boleh menjamah banyak jenis makanan, namun bukan makanan pedas dan saya memang suka makan ayam masak merah. Saya bersyukur dapat memakannya tanpa

„ Remaja kini lebih ceria selepas ‘janin kembar dalam perut’ dibuang

muntah.

Buat masa ini saya mengisi masa lapang dengan melukis dan kebiasaann­ya melukis gambar motosikal. Selain berharap akan bertambah sihat dan boleh meneruskan pelajaran pada tahun depan.

Saya juga bersyukur apabila JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) memberi bantuan RM300 sebulan bagi membolehka­n saya berbelanja membeli vitamin supaya bertambah sihat,” katanya.

 ??  ?? CHE Yah Ibrahim menunjukka­n kesan pembedahan cucunya Mohd Zul.
CHE Yah Ibrahim menunjukka­n kesan pembedahan cucunya Mohd Zul.
 ??  ?? MOHD Zul dibantu nenek Che Yah memeriksa pakaian dan beg sekolah.
MOHD Zul dibantu nenek Che Yah memeriksa pakaian dan beg sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia