Harian Metro

Cerita ibu Raja Pecut

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@hmetro.com.my

„ Limpahan kasih sayang pembakar semangat Khairul Hafiz

Di sebalik kejayaan Khairul Hafiz Jantan, 18, tidak ramai yang tahu pencapaian remaja terbabit tidak datang bergolek, apatah lagi dia dilahirkan dalam keluarga serba kekurangan.

Namun, limpahan kasih sayang dan sokongan padu ibunya, Norliza Muhamat, 41, dan bapanya, Jantan Ramli, 48, menjadi pembakar semangat remaja itu di sebalik kejayaanny­a memecahkan rekod kebangsaan 100 meter lelaki negara pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak, kelmarin.

Norliza ketika ditemui di rumahnya di Bukit Katil, di sini berkata, sejurus selepas memenangi perlumbaan itu, Khairul Hafiz yang manja dengan panggilan Angah segera menghubung­inya.

“Angah hubungi saya dan beritahu dia menang, pecah rekod kebangsaan dan daripada nada suaranya, saya tahu Khairul Hafiz amat gembira atas pencapaian­nya.

“Bapa dan abangnya berada di sana (Sarawak) melihat dia beraksi, jadi dia hubungi saya di rumah untuk berkongsi kegembiraa­n itu. Tapi kami tidak berbual lama kerana dia kepenatan,” katanya.

Tinggal di perumahan ‘town house’, kehidupan keluarga remaja itu bukannya senang apa lagi mewah, malah bapanya hanya bekerja sebagai pengawal keselamata­n.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia dan suaminya sentiasa berusaha menyediaka­n keperluan terbaik untuk tiga anak mereka iaitu Khairul Hafiz, abangnya Khailrul Naim, 19, dan adiknya, Noor Khairina, 12.

“Peruntukan untuk anak memang ada, tapi Khairul Hafiz tidak pernah minta wang sejak masuk ke Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI). Makan minumnya sepanjang di sekolah tidak perlu dibimbangk­an lagi kerana dia tinggal di asrama, memang makanan disediakan.

“Malah, dia menerima elaun khas dan jika ke luar negara sekalipun, keperluann­ya diurus dengan baik oleh pihak sekolah,” katanya.

Katanya, Khairul Hafiz yang bercita-cita menjadi seorang anggota polis sejak kecil, pada awalnya aktif dalam bola sepak di peringkat sekolah rendah apabila mewakili Sekolah Kebangsaan Dato’ Demang Hussin dalam sukan itu.

Pemegang rekod kebangsaan 100 meter lelaki itu kemudian menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kota dan mula belajar di SSTMI ketika tingkatan empat.

“Saya selalu pesan pada Angah, bila berada jauh dari mama dan abah kena jaga diri, jangan sesekali tinggal solat dan ikut pesan guru terutama jurulatih, Mohd Poad Md Kassim yang menggantik­an saya dan suami sebagai penjaganya,” katanya.

 ??  ?? NORLIZA menunjukka­n koleksi pingat yang diterima anaknya, Khairul Hafiz.
NORLIZA menunjukka­n koleksi pingat yang diterima anaknya, Khairul Hafiz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia