Harian Metro

‘Drama’ anak selepas tragedi

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

„ Remaja terkurung nyaris maut dalam kebakaran dakwa tidak diberi makan

Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang mendakwa dikurung bapanya di rumah nyaris mati terbakar hidup-hidup apabila kediaman itu dijilat api pagi semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi semalam, mangsa yang menetap di Desa Setapak di sini, bernasib baik selepas diselamatk­an anggota bomba yang bertindak pantas memberikan bantuan.

Difahamkan mangsa berseorang­an di rumah dan pintu utama kediaman dikunci dari luar oleh bapanya yang keluar bekerja.

Bagaimanap­un ketika diselamatk­an, timbul pula ‘drama’ apabila pelajar tingkatan empat itu mendakwa dia dikurung bapa serta tidak diberi makan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumka­n sebuah rumah terbakar dan terdapat seorang mangsa terperangk­ap.

“Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju bergegas ke lokasi untuk operasi memadam kebakaran. Kebakaran membabitka­n sebuah komputer dan langsir, manakala mangsa seorang remaja perempuan selamat.

“Remaja itu mendakwa dikurung bapanya dan tidak diberikan makan. Justeru kes berkenaan diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, dakwaan mengatakan ‘mangsa’ tidak diberikan makanan dan dikurung tidak benar kerana difahamkan bapanya meninggalk­an makanan di dapur dan dalam peti sejuk.

“Sebelum ini remaja itu tinggal bersama ibunya yang sudah bercerai sebelum diminta tinggal bersama bapanya sejak dua hari lalu untuk mengawal disiplin remaja itu.

“Dia bukan dikurung di dalam bilik. Malah dia boleh berkomunik­asi dengan orang awam di luar rumah. Malah makanan juga disediakan bapanya, jadi dakwaan itu tidak benar,” katanya.

Lebih mengejutka­n apabila siasatan mendapati remaja itu sengaja membakar komputer dan langsir menggunaka­n kain yang dibakar daripada dapur gas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia