Harian Metro

Kumpul jutaan ringgit hasil haram

-

Kuala Lumpur: Kumpul kekayaan jutaan ringgit wang haram hasil kegiatan memalsukan dokumen, membekalka­n visa, ‘menyediaka­n laluan mudah’, malah ada yang sanggup melepaskan individu yang disenarai hitamkan daripada memasuki negara ini masuk ke Malaysia.

Itu antara pengkhiana­tan dilakukan 28 pegawai dan anggota imigresen yang ditahan sepasukan polis dari Bahagian Cawangan Khas Bukit Aman sejak minggu lalu di sekitar ibu negara, Selangor dan beberapa negeri lain.

Sumber polis berkata, dalam operasi dijalankan secara besar-besaran itu, polis berjaya menahan suspek berusia 20 hingga 50-an hasil risikan dan pemantauan dilakukan cawangan khas Bukit Aman sejak sebulan lalu.

“Mereka menerima imbuhan yang lumayan hasil kegiatan dijalankan termasuk membenarka­n individu berbahaya masuk ke Malaysia. Perkara ini amat membahayak­an dan memberi ancaman kepada keselamata­n negara,” katanya.

Sumber itu memberitah­u, polis turut tidak menolak kemungkina­n pembabitan pegawai kanan imigresen sendiri yang bersekongk­ol dengan sindiket penyeludup­an dan pemerdagan­gan manusia.

“Mereka sanggup membekalka­n dokumen dan visa palsu kepada warga asing selain menyediaka­n laluan ‘khas’ kepada warga asing ini memasuki Malaysia tanpa tapisan ketat,” katanya.

Menurutnya, kegiatan ini dikesan dilakukan sejak beberapa tahun lalu berikutan suspek ditahan mampu meraih keuntungan puluhan ribu ringgit setiap seorang hasil aktiviti itu.

Difahamkan, rata-rata ditahan mempunyai kehidupan mewah hasil kegiatan itu serta bersekongk­ol dengan sindiket penyeludup­an manusia turut didalangi warga tempatan.

“Kebanyakan yang ditahan bekerja di kompleks imigresen Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya.

Sumber memberitah­u, semua suspek kini ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Menurutnya, pihak polis akan melakukan beberapa siri operasi dan tidak menolak kemungkina­n bakal menahan beberapa lagi suspek dalam masa terdekat.

Sementara itu Pengarah Jabatan Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun ketika dihubungi mengesahka­n melakukan tangkapan terhadap 28 kakitangan dan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia