Harian Metro

Op Cantas Khas

- Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail rabiatul@hmetro.com.my

„ Tingkat aktiviti pembantera­san jenayah

“Elok kita laksanakan Op Cantas Khas 2.0, ketika ini Op Cantas dijalankan berterusan sejak tahun lalu tetapi siri 2.0 ini adalah peningkata­n kepada aktiviti pembantera­san,” kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sambil merujuk kepada kejadian tembakan membabitka­n anggota kongsi gelap di ibu negara kelmarin, Ahmad Zahid menegaskan anggota keselamata­n harus berada dalam kesiapsiag­aan berikutan kejadian terbaru itu.

Beliau berkata, sekalipun tahap keselamata­n negara berada di tahap optimum, anggota keselamata­n perlu dalam keadaan sentiasa berjaga-jaga, malah masyarakat juga perlu memberikan maklum balas mengenai perkara itu.

“Timbul persoalan kenapa perkara ini (kongsi gelap) berlaku. Dengan tidak berhajat terjerumus dalam ‘sindrom penafian’, saya ingin nyatakan di sini bahawa polis yang berada di semua lokasi penting sentiasa berjaga-jaga.

“Walaupun kadar jenayah turun 30 peratus sepanjang tahun lalu berbanding tahun

Kuching: Seramai tujuh wadar penjara di negara ini diarahkan mengikuti program deradikali­sasi selepas terpengaru­h dengan tahanan militan di penjara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun tahanan militan diasingkan dengan banduan lain bagi mengelak penyebaran ideologi radikal itu dalam kalangan banduan, mereka didapati mempengaru­hi wadar penjara.

“Seramai tujuh wadar yang bertindak mengawasi tahanan ini sudah terpengaru­h. Ini memang mengejutka­n kerana tidak sangka wadar yang bertugas mengawasi tahanan ini boleh terpengaru­h apabila sering bersama mereka.

“Saya tidak mahu menafikan perkara ini kerana ia benar dan apa yang boleh kita lakukan ialah memasukkan mereka dalam program deradikali­sasi. Selain itu, kami memandang serius isu ini supaya sebelumnya, persepsi rakyat mengenai kebolehper­cayaan terhadap polis dalam membantera­s jenayah tidak berubah.

“Ops Cantas yang dilaksanak­an polis sejak awal tahun ini perlu diberi nafas baru, melalui Op Cantas Khas 2.0 kita harap dapat menurunkan kadar jenayah dan meningkatk­an persepsi rakyat terhadap pasukan keselamata­n,” katanya ketika sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Kementeria­n tidak berulang,” katanya ketika sidang media di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kementeria­n Dalam Negeri, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri Masir Kujat dan Datuk Nur Jazlan Mohamed serta Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar mewakili Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, setakat ini seramai 261 individu ditahan di penjara di negara ini kerana terbabit dengan aktiviti militan.

Beliau berkata, polis juga mengenal pasti seramai 63 warga Malaysia di Syria dan Iraq terbabit dengan aktiviti kumpulan militan Daesh.

“Ketika ini satu blok bangunan dalam proses ubah suai di Pusat Tahanan Kamunting, Taiping untuk menempatka­n tahanan militan menjalani program deradikali­sasi,” katanya. Dalam Negeri (KDN) Sarawak, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri Masir Kujat dan Datuk Nur Jazlan Mohamed serta Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar mewakili Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, satu aplikasi bagi tujuan pencegahan jenayah akan dilancarka­n 16 Ogos ini di bawah inisiatif Strategi Lautan Biru (NBOS).

Katanya, aplikasi itu akan membabitka­n lima juta rakyat di negara ini yang akan membolehka­n mereka melapor secara tepat masa sebarang kejadian jenayah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan segera.

“Aplikasi ini membolehka­n pengguna telefon pintar melaporkan jenayah yang berlaku di depan mata mereka dalam masa sebenar kepada polis, sekali gus membantu polis membendung jenayah,” katanya.

 ??  ?? DR Ahmad Zahid serta Isteri, Datin Seri Hamidah Khamis memotong kek dalam Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) Sarawak di Kompleks Islam Kuching.
DR Ahmad Zahid serta Isteri, Datin Seri Hamidah Khamis memotong kek dalam Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) Sarawak di Kompleks Islam Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia