Harian Metro

19 das tembakan!

- Mohd Fadly Samsuddin, Mohamad Azim Fitri Abd Aziz, Mohd Hasbi Sidek dan Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my

„ Unsur kongsi gelap, dadah motif pembunuhan

Bukan 16 das tembakan, sebaliknya 19 das tembakan pistol dilepaskan dua suspek kes bunuh seorang lelaki di Jalan Taman Ibu Kota, Setapak, di sini, petang kelmarin.

Berdasarka­n siasatan polis, unsur kongsi gelap dan didakwa sering ‘melanggar kawasan’ dipercayai menjadi punca motif pembunuhan mangsa lelaki berusia 43 tahun.

Sumber berkata, mangsa yang juga orang kanan kumpulan kongsi gelap ‘Geng Satu Hati’ sebelum ini dikatakan sering bersikap agresif dan menimbulka­n kekacauan di beberapa kawasan milik kumpulan kongsi gelap lain.

“Mangsa yang juga bekerja sebagai pemberi pinjaman wang sebelum ini pernah ditahan polis pada tahun 2014.

“Ada kemungkina­n berlaku perebutan kawasan perniagaan dadah di ibu negara sebelum tercetusny­a ‘peperangan’ antara beberapa kumpulan kongsi gelap lain yang tidak berpuas hati dengannya,” katanya.

Menurutnya, pihak polis masih menyiasat sama ada mangsa sebelum ini ada bermusuhan dan menimbulka­n masalah dengan kumpulan kongsi gelap lain hingga dia dibunuh.

“Kami tidak menolak kemungkina­n dendam menja- di punca pembunuhan­nya,” katanya.

Difahamkan polis turut menyiasat beberapa kumpulan kongsi gelap lain seperti Geng 36, Geng 08 dan Geng 04 yang dipercayai menjadi pesaing Geng Satu Hati.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar yang dihubungi turut mengesahka­n keahlian mangsa dalam kumpulan kongsi gelap itu, namun enggan mengulas lanjut.

Dalam kejadian jam 3.30 petang kelmarin, mangsa yang sedang memandu kereta dan berhenti di lampu isyarat ditembak penjenayah dari bahagian kiri dan kanan kereta.

Suspek dikatakan melepaskan 19 das tembakan yang 10 daripadany­a mengenai mangsa di bahagian badan dan paha.

Sumber berkata, polis akan mengambil keterangan ahli keluarga mangsa dalam masa terdekat bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu.

“Kami akan rakam keterangan keluarga mangsa dan rakannya bagi mendapatka­n latar belakang yang lebih jelas mengenai pembabitan­nya dalam dunia kongsi gelap bagi membolehka­n polis mengesan suspek,” katanya.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia