Harian Metro

Orang ramai mahu perubahan drastik

-

Kuala Lumpur: Kejadian tembakan yang meragut nyawa seorang lelaki di Setapak, kelmarin mengundang reaksi pelbagai pihak yang mahu pihak berkuasa melakukan sesuatu bagi meredakan kebimbanga­n orang ramai mengenai tahap keselamata­n negara.

Rata-rata mereka mahu satu perubahan drastik dilakukan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam aspek pembantera­san jenayah bersenjata yang dilihat semakin kerap berlaku kebelakang­an ini.

Ketua Sekretaria­t Gerakan Banteras Aktiviti Haram (GBAH) Ariffin Abu Bakar berkata, satu kajian menyeluruh bagaimana penggunaan senjata api yang semakin berleluasa perlu dilakukan bagi mengesan kemungkina­n ia dilakukan kumpulan kongsi gelap atau pihak lain.

Katanya, perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana kegiatan kongsi gelap sudah lumpuh sejak pelaksanaa­n Op Cantas dua tahun lalu menyaksika­n indeks jenayah menurun ketika itu.

“Ini yang kita mahu jawapan. Bagaimana, dengan mudah senjata ini digunakan. Saban minggu sejak kebelakang­an ini, ada saja kes membabitka­n tembakan yang menyebabka­n kematian.

“Ia menimbulka­n kebimbanga­n masyarakat kerana ia turut berlaku di kawasan terbuka seperti persimpang­an lampu isyarat kelmarin. Apa yang masyarakat mahu ialah jaminan keselamata­n,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutua­n Khairil Nizam Khirudin berkata, pihaknya bimbang jika ada kelompok tertentu seperti mafia yang mendalangi kejadian itu.

Katanya, berdasarka­n fakta kes yang didapati menerusi media, sekurang-kurangnya terdapat 10 kes tembak mati berlaku di Lembah Klang sejak dari bulan Januari hingga Julai tahun ini yang menimbulka­n persoalan sama ada kadar jenayah sudah menurun atau sebaliknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia