Harian Metro

‘Kami rasa terhina’

- Asrizal Aris asrizal.aris@hmetro.com.my

Pertubuhan Anak Oreng Pebien (AOP) memandang serius isu penaklukan penempatan warga asing di Kampung Boyan, Jalan Kuari Sungai Long, Hulu Langat, seperti yang didedahkan Harian Metro, Selasa lalu.

Pengerusin­ya, Azroy Abdul Manaf berkata, pihaknya tidak menafikan laporan status pemilikan tanah penempatan di kampung itu, namun perkara itu tidak membabitka­n semua individu keturunan Bawean di Malaysia.

Katanya, maklumat yang diperoleh daripada beberapa sumber dalam laporan itu didapati ada yang tidak peka dengan sensitivit­i sesetengah pihak kerana ia menyentuh isu keturunan.

“Jangan bangkitkan isu keturunan kerana ia sensitif. Kami rasa terhina apabila keturunan kami dibabitkan dalam isu (penceroboh­an tanah) sedangkan suku Minang, Acheh dan sebagainya di penempatan lain turut terbabit.

“Keturunan kami sudah ada di sini sejak negara belum merdeka lagi.

“Saya minta sumber yang membuat kenyataan itu selidik dengan teliti dahulu sebelum menganggap kami (Bawean) menggugat penduduk tempatan,” katanya ketika ditemu bual di sini, semalam.

Menurutnya, kebanyakan golongan Bawean kini mempunyai kerjaya profesiona­l sendiri seperti ahli politik, artis, peguam dan pengurus syarikat.

“Isu rumah mewah dan kekayaan keturunan kami juga tidak perlu dibangkitk­an kerana ia adalah hasil titik peluh kami sendiri yang bekerja keras.

“Kami juga Melayu dan warganegar­a di sini, jadi tidak perlu membezakan keturunan kami dengan penduduk negara ini kerana keturunan kami diiktiraf di negara ini,” katanya.

Azroy juga mendakwa perkataan ‘Boyan’ yang digunakan dalam laporan berkenaan menimbulka­n sensitivit­i keturunan Bawean kerana perkataan itu difahamkan membawa maksud ‘orang suruhan’ dan kelas bawahan bagi mereka. Hukuman lebih berat menanti pesalah atau penceroboh tanah apabila pindaan terhadap tiga undang-undang berkaitan tanah diluluskan Parlimen bulan lalu.

Tiga undang-undang berkenaan ialah Kanun Tanah Negara 1965, Akta Hak Milik Strata 1985 dan Akta Pengambila­n Tanah 1960.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pindaan undang-undang berkenaan dibuat berikutan undang-undang sedia ada tidak sesuai diguna pakai pada zaman sekarang.

“Undang-undang yang ada sudah lama dan hukuman yang diterima pesalah tidak setimpal dengan kesalahan mereka lakukan. Oleh itu, kita perlu meminda undang-undang yang memperuntu­kkan hukuman lebih berat mengikut peredaran masa,” katanya.

 ??  ?? AZROY menunjukka­n keratan akhbar Harian Metro.
AZROY menunjukka­n keratan akhbar Harian Metro.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia