Harian Metro

Gergaji gelang peranti di kaki

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

„ Bekas banduan ulangi jenayah curi

Seorang bekas banduan yang dipasangka­n alat sistem peranti pemantauan elektronik (EMD) pada kakinya bertindak memotong gelang berkenaan bagi membolehka­nnya melakukan jenayah semula.

Suspek berusia 38 tahun itu jelas tidak pernah insaf mengulangi semula perbuatan sama apabila menggergaj­i gelang besi berkenaan hingga putus.

Suspek bagaimanap­un ditahan selepas didapati terbabit dalam kejadian curi pada 21 Julai lalu di daerah Sentul, di sini.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, suspek dikenakan tindakan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasa­n) 2014 (POCA) dan dipasangka­n EMD pada 26 Mei lalu.

“Suspek dipakaikan gelang khas oleh pihak polis bagi memantau pergerakan mereka selain memastikan lelaki ini tidak melakukan jenayah semula.

“Bagaimanap­un, pada 21 Julai lalu, polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul menahan suspek selepas didapati terbabit dalam satu kejadian curi,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, ketika ditahan, polis tidak mengesyaki suspek penjenayah yang dipantau menggunaka­n peranti EMD berikutan alat itu tiada pada kakinya.

“Semakan rekod keesokan harinya mendapati suspek sebenarnya dipakaikan EMD. Soal siasat dilakukan mendapati suspek memotong sendiri alat EMD berkenaan.

“Tahanan reman terhadap suspek dilanjutka­n selepas dia didapati menanggalk­an alat berkenaan,” katanya.

Munusamy berkata, EMD bertujuan mengurangk­an indeks jenayah selain menjejaki suspek yang disyaki merancang atau melakukan jenayah berulang.

“Penggunaan EMD terhadap bekas penjenayah selama tiga tahun mampu memberikan impak besar termasuk peluang kepada mereka memulihkan diri.

“Pesalah jenayah yang dipakaikan alat itu dipercayai tidak berani melakukan jenayah atau bercampur dengan kumpulan penjenayah kerana tahu gerak-geri mereka diperhatik­an pihak berkuasa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia