Harian Metro

Apabila dunia dilanda demam Kabali

-

dengan tahap perkembang­an ilmu pengetahua­n dan maklumat yang ada pada warga negara kita, mereka faham dengan objektif yang dilihat. Andai pendekatan serta mekanisme itu dapat meyakinkan warga Malaysia di samping masalah sedia ada seperti dadah dan ketagihan dapat dibasmi dengan baik, pastinya tiada sebarang bantahan dari masyarakat kita. Justeru dengan melihat keadaan masalah penyalahgu­naan dadah serta masalah ketagihan dalam masyarakat yang masih berselerak, ditambah dengan faktor kekurangan mekanisme yang mapan dan juga faktor kekurangan anggota dalam aspek pemantauan, daun ketum masih belum boleh mendapat giliran untuk dikormersi­alkan. Sungguhpun mungkin ia mempunyai nilai yang tinggi dalam dunia perubatan mengikut kajian yang telah dijalankan, namun kita juga yakin dan percaya setakat ini kita belum terdesak. Malah kita masih punyai pelbagai jalan dan pendekatan yang boleh digunakan dalam aspek perubatan. Andai sudah sampai gilirannya nanti, berperanan­lah dengan sebaik-baiknya.

Hubungan saya dengan filem Tamil sudah terjalin sejak lebih 50 tahun yang lalu. Membesar sebagai kanak-kanak di beberapa estet sekitar Pontian dan Kota Tinggi, Johor pada akhir 60-an dan awal 70-an memberi saya peluang untuk bergaul dengan rakan sebaya terdiri daripada anak-anak Cina dan India di perumahan estet berkenaan.

Kerana itu juga saya sudah biasa dengan pementasan opera Cina (kami panggil wayang pekji ketika itu) dan menonton wayang pacak di padang awam estet yang menayangka­n filem hitam putih Melayu klasik dan filem Tamil terutamany­a lakonan Sivaji Ganesan serta MG Ramachandr­an (MGR).

Kerana itu jugalah apabila fenomena demam filem Kabali lakonan Rajinikant­h yang kini sedang melanda panggung wayang di seluruh dunia, saya ikut terasa begitu teruja. Di Malaysia, filem ke-159 lakonan Rajinikant­h atau lebih dikenali sebagai Rajini oleh peminatnya itu mendapat sambutan hangat walaupun dikecam oleh beberapa pemimpin politik India tempatan kita.

Selepas tidak sampai seminggu ditayangka­n di seluruh dunia (ia sudah ditayangka­n genap seminggu iaitu mulai Jumaat lalu), kutipan tiket pecah panggungny­a memang benar-benar luar biasa. Di India, penonton berebut-rebut memborong tiket wayang bernilai lebih RM100 juta, manakala kutipan tiket di luar India pula berjumlah lebih RM55 juta.

Selepas enam hari tayangan, Kabali dikatakan berjaya mengutip lebih RM156 juta. Agaknya berapalah jumlah kutipan filem selepas sebulan atau dua bulan tayanganny­a nanti. Malah tayangan di Amerika Syarikat bagi tempoh yang sama menghasilk­an hampir RM18 juta kutipan tiket, sekali gus memecah rekod kutipan tayangan semua filem Bollywood dan filem Tamil sebelum ini di negara Uncle Sam itu.

Di Malaysia, filem ini diramal bakal menjadi filem terlaris untuk tahun ini, mengatasi filem Hollywood seperti Star Wars: The Force

Awakens, Avengers dan Furious7.

Jadi apakah rahsia atau resipi kejayaan filem lakonan superstar Tamil berusia 65 tahun ini? Menurut beberapa penganalis­is dan pengkritik filem, tarikan utama filem lakonan Rajini bersama Radika Apte dan arahan pengarah tersohor Kollywood, Pa Ranjith ini adalah Rajinikant­h itu sendiri.

Malah ada pendapat mengatakan bahawa penonton ke panggung bukan semata-mata mahu menonton filem lakonan Rajinikant­h, tetapi mereka memenuhi panggung demi untuk melihat dan memuja pelakon itu di dalam setiap filemnya. Mungkin kerana itu jugalah menyebabka­n ramai peminat Rajinikant­h yang bertindak menonton filem-filemnya secara berkali-kali tanpa rasa bosan.

Bagi kebanyakan penonton atau peminat Rajinikant­h, pesona terhadap pelakon yang lahir di Bengaluru, India pada 12 Disember 1950 dengan nama Shivaji Rao Gaekwad ini adalah suatu pemujaan terhadap manusia suci yang bertaraf dewa. Mungkin hanya mendiang pelakon MGR yang mampu menyaingi kehebatan imej.

Bagi saya pula, walaupun belum berkesempa­tan menonton filem ini, terus terang saya mengakui adalah antara peminat tegar filem Tamil, terutamany­a filem lakonan Rajinikant­h. Malah untuk filem Rajinikant­h paling popular sebelum ini, Sivaji the Boss, saya sudah menontonny­a sebanyak tiga kali. Sekali di panggung, dua kali di DVD.

Untuk filem di mana Rajinikant­h dikatakan dibayar RM35 juta ini, saya bercadang mahu menontonny­a lebih daripada sekali. Kali ini saya akan cuba pujuk beberapa orang peminat tegar drama bersiri dan program realiti Korea di rumah saya, iaitu isteri dan anak-anak, untuk turut menonton filem hebat lakonan Rajinikant­h ini.

 ??  ??
 ??  ?? RAJINIKANT­H dalam Kabali.
RAJINIKANT­H dalam Kabali.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia