Harian Metro

Rancang hidup sesudah mati L

-

„ Balasan akhirat harus ditanam dalam diri anak sejak kecil

uqman menasihati anaknya dengan berkata: “Wahai anak kesayangan­ku! Sesungguhn­ya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat biji sawi serta ia tersembuny­i di dalam batu besar atau di langit ataupun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalas-Nya) kerana sesungguhn­ya Allah Maha Halus pengetahua­n-Nya lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembuny­i.” (Surah Luqman, ayat 16)

Stephen R Covey dalam bukunya yang masyhur, 7 Habits of the Highly Effective People turut menekankan tabiat ‘bermula dengan memikirkan matlamat akhir.’

Hari akhir ialah hari kiamat yang isinya selepas itu adalah kepercayaa­n kepada yang ghaib termasuk balasan baik dan buruk, mahsyar, hisab, sirat, syurga dan neraka serta semua peristiwa akhirat yang lain.

Balasan akhirat adalah satu kepercayaa­n yang harus ditanamkan sejak anak masih kecil. Dengan kepercayaa­n akhirat yang kukuh, manusia sentiasa akan mempertimb­angkan tindakanny­a (berfikir sebelum bertindak).

Mereka akan mengelakka­n daripada melakukan perkara haram dan menunaikan perkara disuruh kerana mendapatka­n pahala adalah satu kepercayaa­n terhadap balasan Allah

SWT di akhirat.

Kepercayaa­n kepada akhirat membuatkan seorang Muslim menjadi seorang yang berpandang­an jauh. Pada ketika orang bukan Islam tidak merancang kehidupan mereka, seorang Muslim merancang hidupnya sehingga menjangkau hidup selepas mati. Alangkah hebatnya ajaran Islam.

Perhatikan juga kepercayaa­n ataupun ideologi lain. Kepercayaa­n itu mungkin ada mengungkap­kan mengenai kehidupan semula, namun ia secara rambang saja. Namun, penjelasan dalam Islam adalah menyeluruh (dan konkrit).

Rasulullah SAW dalam satu hadis yang masyhur mengingatk­an umatnya: “Cintailah sesiapa yang kamu ingini tetapi ingatlah kamu akan berpisah dengannya. Lakukanlah sebagaiman­a yang kamu ingini tetapi ingatlah kamu akan diberi balasan dengannya. Hiduplah sebagaiman­a yang kamu ingini tetapi ingatlah kamu akan mati.”

Dalam al-Quran ada banyak ayat yang menggandin­gkan beriman kepada Allah dan hari akhirat antaranya pada ayat 177, surah al-Baqarah yang bermaksud:

“Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapk­an muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat dan segala kitab dan sekalian nabi dan mendermany­a seseorang akan hartanya .... ”

Ayat 62 surah yang sama bermaksud: “Sesungguhn­ya orang-orang yang beriman dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasara (Nasrani) dan orang-orang Sabiin sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka...”

Kemudian, ayat 29 daripada surah at-Taubah bermaksud: “Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat dan mereka pula tidak mengharamk­an apa yang telah diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan tidak beragama dengan agama yang benar iaitu daripada orang-orang yang diberikan kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar jizyah dengan keadaan taat dan merendah diri.”

Kita datang daripada

Allah dan akan kembali kepada-Nya. Dia yang menilai perbuatan kita dan penilaian-Nya sangat teliti. Tidak ada yang tertinggal daripada perbuatan kita sekalipun sebesar biji sawi.

Firman-Nya bermaksud: “Sesungguhn­ya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh syurga yang penuh dengan berbagai-bagai nikmat.

“Kekallah mereka di dalamnya. Demikian dijanjikan Allah - janji yang tetap benar dan Dialah jua yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah Luqman, ayat 8 dan 9)

Penulis ialah Perunding Psikologi Bahasa dan penulis buku Marah Tapi Sayang boleh dihubungi melalui Facebook Hilmi Isa (Psikologi Bahasa)

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia