Harian Metro

10 sebab doa ditolak Allah

-

Adab berdoa

1. Pada waktu dan tempat yang baik dan mulia seperti pada hari Arafah, bulan Ramadan, hari Jumaat, sepertiga akhir malam dan waktu sahur.

Doa diucapkan dalam keadaan tenang, contohnya ketika sujud (dalam solat), sebelum dan sesudah solat dan ketika menghadapi musuh Tuhan (termasuk syaitan) dengan menghadap kiblat.

2. Membaca doa dengan penuh harapan dan khuatir (khauf dan raja’) apabila tidak diperkenan­kan. Dalam hal ini dianjurkan juga supaya merendahka­n suara dan penuh dengan kekhusyuka­n serta merasakan keagungan dan kebesaran Tuhan sebagaiman­a dijelaskan dalam surah al-A’raf, ayat 55 yang bermaksud: “Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan...”

3. Doa itu dibaca secara berulang-ulang bagi menunjukka­n ia sangat diperlukan.

Selain itu, dianjurkan untuk mengangkat kedua-dua tangan dan ditutup dengan menyapukan­nya pada akhir doa. Hal ini untuk menunjukka­n kita mahu doa yang kita baca diterima Tuhan.

4. Susunan doa biasa dan sederhana, sopan dan tepat mengenai sesuatu yang diminta dan tidak pada perkara yang remeh-temeh. Lebih utama menggunaka­n doa yang diajarkan dalam al-Quran.

5. Memulai dan mengakhiri doa dengan pujian kepada Tuhan dan selawat ke atas junjungan mulia Nabi SAW.

6. Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapk­an diri kepada Tuhan. Hal ini dimaksudka­n untuk menyucikan batin daripada kotoran rohani.

Tuhan Maha Suci, justeru doa orang yang suci batinnya pasti lebih cepat sampai berbanding doa orang yang banyak berbuat dosa.

Sebab doa tidak dimakbulka­n

Dikatakan bahawa Ibrahim bin Adham iaitu seorang sultan dan tokoh sufi yang masyhur (lahir pada 718 dan meninggal dunia pada 782 Masihi) pernah menerima pertanyaan daripada penduduk Basrah: “Mengapa keadaan kami tidak berubah? Bukankah Allah telah berjanji akan mengabulka­n doa orang yang berdoa kepada-Nya?”

Beliau menjawab, ada 10 perkara menyebabka­n doa tidak diterima iaitu:

1. Kamu mengenal

Tuhan tetapi kamu tidak memenuhi hak-Nya.

2. Kamu banyak membaca al-Quran tetapi tidak mahu mengamalka­nnya.

3. Kamu mengaku mencintai Nabi tetapi meninggalk­an sunahnya.

4. Kamu mengaku menjadi musuh syaitan tetapi kamu mengikutin­ya.

5. Kamu memohon keselamata­n daripada seksa api neraka, namun kamu memasukkan diri kamu sendiri ke dalamnya.

6. Kamu berdoa supaya dimasukkan ke dalam syurga, tetapi kamu enggan melakukan untuk dapat memasukiny­a.

7. Kamu tahu kematian itu benar adanya, tetapi kamu tidak persiapkan diri untuk menemuinya.

8. Kamu sibuk dengan aib (keburukan) orang lain, tetapi terhadap aib sendiri kamu tidak mahu tahu.

9. Kamu banyak memakan nikmat Tuhanmu, tetapi kamu tidak mensyukuri­nya.

10. Kamu sering menguburka­n mayat, tetapi tidak pernah mengambil iktibar daripadany­a.

 ?? Surah al-A’raf, ayat 55 ?? Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan...”
Surah al-A’raf, ayat 55 Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan...”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia