Harian Metro

Solat jenazah tiada rukuk, sujud

-

Bagaimana caranya kita hendak melaksanak­an solat jenazah dengan betul? Saya ini orang lama. Dulu tidak berkesempa­tan menuntut ilmu. Sekiranya Dr tidak keberatan, mohon ditulis bacaan dalam solat jenazah.

Saya lihat solat jenazah ini hanya mengangkat takbir. Kalau solat jenazah berjemaah tetapi masuk lambat dan terlepas beberapa takbir bersama imam, adakah perlu digantikan?

Ingin tahu Kuala Lumpur

Solat jenazah tidak ada rukuk dan sujud serta tidak dengan azan dan iqamat. Cara mengerjaka­nnya hendaklah berdiri sebagaiman­a mestinya mengerjaka­n solat.

Pertamanya, hendaklah mengangkat takbiratul ihram (dengan mengucapka­n lafaz takbir) berserta niat mengerjaka­n solat jenazah sambil meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri di atas perut. Kemudian hendaklah membaca surah al-Fatihah.

Selepas membaca surah al-Fatihah, terus takbir lagi dan membaca selawat ke atas Nabi sekurangku­rangnya: “Allahumma salli ‘ala Muhammad.” Sebaik-baiknya hendaklah membaca lebih lagi

(seperti selawat pada tahiyat akhir solat biasa).

Terus takbir lagi dan membaca doa sekurang-kurangnya: “Allahummag­hfir lahu warhamhu wa ‘afihi wa’fu ‘anhu.”

Kemudian, terus takbir lagi dan membaca sekurang-kurangnya: “Allahumma la tahrimna ajrahu wa la taftinna ba’dahu waghfir lana wa lahu.”

Seterusnya, memberi salam sambil memalingka­n muka ke kanan dan ke kiri dengan mengucapka­n: “Assalamu ‘alaikum wa rahmatulla­hi wa barakatuh.” Maka, selesailah solat jenazah.

Sebelum itu perlu diingatkan, syarat solat jenazah iaitu sebagaiman­a solat lain perlu menutup aurat, suci daripada hadas besar dan kecil, suci badan, pakaian dan tempatnya serta menghadap kiblat.

Keduanya, jenazah sudah dimandikan dan dikafankan.

Ketiga, letakkan jenazah sebelah kiblat orang yang melakukan solat ke atasnya melainkan solat dilakukan di kubur atau solat ghaib.

Jawapan untuk soalan seterusnya, sekiranya seseorang lambat masuk solat jenazah yang dilakukan berjemaah dan terlepas beberapa takbir, maka dia hendaklah mengikut imam sekadar yang dia sempat.

Hal ini berdasarka­n sabda Rasulullah SAW, mafhumnya: “Bersolatla­h kamu semua (mengikut imam) sekadar yang kamu sempat dan sempurnaka­nlah apa yang kamu tertinggal.” (Riwayat Abu Daud)

Justeru, selepas imam memberi salam, dia hendaklah menyempurn­akan takbir yang tertinggal.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia