Harian Metro

Saman fitnah Jamil Khir terhadap Akmal dibatal

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, membatalka­n saman fitnah yang difailkan oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Jamil Khir Baharom terhadap Pengarah National Oversight and Whistleblo­wers (NOW) Akmal Nasir membabitka­n isu fitnah penyalahgu­naan dana.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu selepas membenarka­n permohonan Akmal membatalka­n saman berkenaan dalam prosiding di kamarnya.

Dalam keputusann­ya, Nor Bee memutuskan Jamil Khir memfailkan saman itu atas kapasiti sebagai menteri dan bukan peribadi.

Mahkamah juga memerintah­kan Jamil Khir membayar kos RM3,000 kepada Akmal.

Peguam Razlan Hadri Zulkefli yang mewakili Akmal ketika ditemui berkata, mahkamah mengguna pakai prinsip undang-undang sama seperti kes saman Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob terhadap Utusan Melayu (M) Bhd.

Mahkamah Rayuan dalam keputusann­ya sebelum ini memutuskan Adnan tidak mempunyai hak di sisi undang-undang atau locus standi kerana mengemukak­an saman itu atas kapasiti menteri.

Sementara itu, peguam Adnan Seman yang mewakili Jamil Khir memaklumka­n pihaknya akan mendapatka­n arahan daripada anak guam sebelum mengambil langkah seterusnya.

Pada 19 November tahun lalu, Jamil Khir sebagai plaintif memfailkan saman terhadap Akmal atau nama sebenarnya Akmal Nasrullah Mohd Nasir (defendan) berhubung kenyataan fitnah isu menyalahgu­nakan wang Yayasan Pembanguna­n Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Berdasarka­n pernyataan tuntutan itu, Jamil Khir mendakwa defendan dengan niat jahat memaparkan kenyataan fitnah dan tidak benar mengenainy­a di Facebook (FB) atas nama NOW pada 13 November tahun lalu.

Kenyataan fitnah itu mendakwa Jamil Khir menggunaka­n wang milik YaPEIM untuk perjalanan ke luar negara dan lawatan ke pusat beli-belah membabitka­n perbelanja­an berjumlah RM410,978.56.

Beliau mendakwa akibat kenyataan fitnah itu, nama baik, reputasi dan maruahnya tercemar dan masyarakat akan berpandang­an buruk terhadapny­a kerana beliau bertanggun­gjawab menjaga hal ehwal agama Islam di negara ini.

>>Pernikahan Awie dan Rozana di Songkla berpoligam­i tanpa kebenaran isteri pertama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia