Harian Metro

Rumah usang kenangan terhadap arwah suami

-

Alor Gajah: Kenangan bersama arwah suaminya menyebabka­n Rahmah Husin, 71, berkeras untuk tinggal di rumah peninggala­n insan tersayang itu walaupun kediaman berkenaan semakin usang dan berisiko roboh pada bila-bila masa.

Sebelum ini, tiga anaknya cuba memujuk Rahmah tinggal bersama mereka.

Bagaimanap­un, pelawaan ditolak warga emas terbabit walaupun kediaman itu kini mengalami kerosakan teruk seperti bumbung bocor, dinding berlubang dan kayu reput.

Bagi memastikan keselamata­n Rahmah, seorang cucunya yang tinggal berhampira­n kediaman pusaka terbabit diamanahka­n ahli keluargany­a untuk menjaga warga emas itu kerana dia semakin uzur.

Menurutnya, dia kini bergantung kepada kerusi roda kerana kaki kanannya yang patah akibat terjatuh ketika berada di bilik air tiga bulan lalu belum pulih sepenuhnya.

“Apa juga berlaku saya tidak berpindah, sayang jika rumah ini dirobohkan kerana banyak kenangan dilalui bersama suami sepanjang 50 tahun kami tinggal di sini.

“Akibat tidak diselengga­ra dengan baik, struktur rumah rosak teruk, banyak bumbung dan papan perlu diganti, tetapi saya tidak mampu kerana memerlukan perbelanja­an RM10,000,” katanya.

Terdahulu, warga emas itu dikunjungi ahli Kelab Prihatin Anak Melaka (PAM), yang turut menyampaik­an sumbangan barang keperluan harian untuk kegunaanny­a.

Rahmah berkata, dia sedar rumah itu tidak selamat diduduki, malah kerap berdepan detik cemas terutama ketika ribut berikutan ada zink yang diterbangk­an angin dalam kejadian sebelum ini.

“Saya berharap ada pihak sudi membantu saya untuk membaiki semula kediaman ini, sekali gus membolehka­n saya tinggal dalam keadaan lebih selesa sehingga ke akhir hayat,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi PAM, Mohd Isnin Asmari berkata, pihaknya berasa amat terkejut selepas melihat keadaan kediaman warga emas itu yang dipenuhi lubang akibat tidak diselengga­ra dengan baik.

“Kami risau dengan keselamata­n warga emas terbabit terutamany­a jika ribut melanda, tidak mustahil bumbung atau papan ada yang diterbangk­an angin hingga mencederak­an Rahmah.

“Pihak kami akan cuba membantu Rahman mendapat pembiayaan dengan menghantar permohonan bantuan membaiki rumah kepada pihak berkenaan,” katanya.

 ??  ?? MOHD Isnin (kanan) menyerahka­n sumbangan kepada Rahmah di rumahnya di Kampung Hailam, Pengkalan Balak.
MOHD Isnin (kanan) menyerahka­n sumbangan kepada Rahmah di rumahnya di Kampung Hailam, Pengkalan Balak.
 ??  ?? KEADAAN dapur di dalam rumah usang didiami Rahmah.
KEADAAN dapur di dalam rumah usang didiami Rahmah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia