Harian Metro

Anak istimewa anugerah tak ternilai

-

Kota Bharu: “Meskipun anak saya tidak normal seperti kanak-kanak lain, namun saya terimanya sebagai anugerah Tuhan yang tidak ternilai,” kata Nazuha Abdullah, 35.

Menurutnya, kehadiran anak tunggalnya, Muhammad Najmi Rifqi Hanapi, 7, yang menghidap Celebral Palsy (CP) sejak lahir bukan alasan untuknya berasa malu.

Katanya, sebagai ibu dia mahu melihat anaknya berjaya seperti kanak-kanak lain dan mendapat pendidikan formal di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kadok.

“Walaupun dia tidak sempurna tetapi itu bukan alasan untuk saya mengabaika­nnya kerana jika dibentuk dari awal dan diberi latihan, Najmi mampu bersaing dengan kanak-kanak normal seusia dengannya.

“Saya berharap kecekalan dan ketabahan menjaga anak orang kurang upaya (OKU) menjadi pembakar semangat kepada ibu bapa senasib dengan saya supaya tidak sesekali merendah diri, sebaliknya jadikan anak-anak sebagai kekuatan untuk kita,” katanya ketika ditemui selepas Sambutan Hari Jadi Kanak-Kanak OKU di Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) di sini, semalam.

Pada majlis itu, seramai 300 kanak-kanak OKU membabitka­n 19 sekolah di seluruh negeri termasuk PDK diraikan dengan menyediaka­n 35 kek disumbangk­an rakan YOKUK dan syarikat korporat.

Sambutan yang diadakan setiap tahun itu bertambah meriah dengan kehadiran pelakon dan pelawak sitkom Salam Pantai Timur, Nik Sayyidah Fatiha Yazid atau lebih dikenali sebagai Mek Siti.

Nazuha berkata, selepas anak tunggalnya itu berdaftar sebagai ahli YOKUK pada 2012, dia mula aktif menjalani terapi berkuda dan terapi air yang diadakan seminggu sekali.

“Alhamdulil­lah, selepas beberapa kali menjalani sesi rawatan terapi ini, keadaan Najmi banyak berubah dan dia mampu berjalan sendiri walaupun hanya beberapa langkah tanpa dipapah sesiapa dan bagi saya ini satu perubahan drastik,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif YOKUK Datin Suliana Shamsudin Alias berkata, YOKUK memerlukan peruntukan RM700,000 setahun bagi membiayai program membantu OKU di bawah pengendali­annya di negeri itu.

“Bagi menampung peruntukan itu, yayasan mengadakan pelbagai aktiviti dalam kalangan peserta bagi menarik orang ramai terutama syarikat korporat menampung dana diperlukan.

“Penyertaan daripada semua komuniti secara tidak langsung dapat memberi sokongan kepada mereka yang kurang upaya, sekali gus mengurangk­an jurang kehidupan antara OKU dan masyarakat,” katanya.

 ??  ?? SULIANA menyuapkan makanan kepada kanak-kanak yang menghadiri majlis, semalam.
SULIANA menyuapkan makanan kepada kanak-kanak yang menghadiri majlis, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia